
sekali rasa macam duk kat uk pon ada gak ulu kelang
Bandar Konya merupakan salah satu negeri di Turkey dari 80 negeri semuanya. Banyak negerinya 5 kali ganda berbanding Malaysia hanya 14 negeri sahaja. Bumi khilafah ini terkenal disebabkan zaman kegemilangan Islam Uthmaniah sebelum digulingkan oleh Kamal Altartuk.
Bumi mevlana di Konya bersama ahmed
Kami dibumi Konya selama hampir 3 hari bersama dengan seorang kenalan warga Turkey yang baik. Ahmed seorang warga asli Turkey yang kami kenal melalui seorang rakan disini mampu bertutur dalam bahasa arab dengan baik serta memudahkan kami untuk berinteraksi.
Sekitar bandar Konya
Pemandangan bandar Konya yang mempunyai keindahan semulajadi menarik minat saya. Bandar ini juga sangat cantik dan tersusun banggunannya dan tiada cerucuk seperti di Jordan
Pasar besar Konya sekali tengoh macam nak g selerakkan je buah-buah tuu. Rajin dorang susunkan
Tahukah anda buah-buahan sebenarnya mampu dijadikan sumber untuk menyerlahkan penampilan yang menarik selain mengekalkan tahap kesihatan yang optimum? Malah rasanya yang manis dan harganya yang murah juga menyempurnakan diet anda memandangkan ia mudah didapati.
Oleh itu, buang sahaja makanan snek yang tidak menyihatkan dan gantikan dengan buah-buahan bermula hari ini! ceramah skit..
Di tengah kota metropolitan Konya
Negara Turkey juga mempunyai sistem pengangkutan yang sangat canggih dan mampu membuatkankan anda terpegun dengan teknologi yang mereka ada. Rakyatnya juga yang mampu bertutur dalam bahasa inggeris membuatkan kami tidak rasa kekok untuk membuat sebarang urusan walaupun tidak fasih. Mereka hanya menggunakan bahasa mereka sahaja. Dan tidak mustahillah anda menggunakan bahasa isyarat untuk memahamkan mereka.

Jejaki idaman Turkey single but available
Alhamdulillah. Moga berjumpa lagi Turkey dalam siri jelajah negara Islam tahun 2012. Dalam misi untuk menakluki negara-negara Islam dan Eropah menggunakan perkhidmatan bas sahaja. Moga impian kami bertiga ini untuk mencapai misi ini nanti tercapai. Ameen
Bersambung… Siiru Ala’ Barakaltillah.
~kongsi sampai mati~




