Hujan batu petanda berakhir musim sejuk di Jordan
March 24th, 2011 | Posted by in Kembara Jordanmenanti salji esok atau lusa (semangat kumpul frooze ni)
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Hari ini setelah hampir sebulan menanti akhirnya bumi syuhada ini dilimpahi dengan hujan tapi bagi kami disini bertukar menjadi hujan batu.
Alhamdulillah. Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-A’raf : 57)
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ada hadnya. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.
“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)
shakshaf : Kepada adik-adik yang baru dapat result spm. Jangan lupa isi borang ke Jordan. Dapat main salji.. hehe
Related posts
- Cinta dan TakdirNya aku dioversea
- Selamat Mengundi Warga DUN N.00 Mu'tah
- Bekalan internet terputus dua hari
- MPPMJ: KAMI BERUSAHA DEMI KEBAJIKAN & TANGGUNGJAWAB
- Papan Tanda Ashabul Kahfi, Abdoun Jordan
- Stesen televisyen (tv) baru AlHijrah di Jordan
- Pilihan Raya Kampus: Demokrasi dicemari hantu berijazah Sarjana Syariah?
- Sejarah dan Kisah Laut Mati di Jordan
- Selamat berkempen buat warga Jordan
- Alangkahnya Indah Hidup BerPERSATUan
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





nice entry…..
syoknye dapat main salji…..huhu…..
mode: jeles…….
alhamdulillah.. rezki org perantau..
nak taye gi jordan isi JPA gak ke?
adik baru dpt result SPM..dia dulu sekolah agama kedah..
Kalau apply medic baru kena isi JPA. selain tu guna zakat persendirian atau tajaan atau pinjaman yayasan kedah untuk pengajian islam..
huhu…main salji dari lam peti ais je la kat sini…..hihi…..
insyallah.. ada rezki datang la cini ..