Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya …
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 lupa kepada yang 5 :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
1. Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
2. Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
3. Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
4. Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
5. Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Harap Maaf!
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila mati anak adam, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: 1-Sedekah jariahnya 2-Ilmu yang bermanfaat 3-Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya” Riwayat Muslim (1346)
Keterangan hadis:  Apabila manusia telah mati, tiada lagi peluang baginya membuat kebaikan melainkan kesan-kesan kebaikan yang telah dia tinggalkan di dunia iaitu :
1-Sedekah jariah- Para ulamak menerangkan yang dimaksudkan dengan sedekah ini adalah harta-harta yang diwaqafkannya,selagimana orang lain mendapat manfaat dari harta tersebut selagi itulah si mati mendapat pahala.
169. Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
shakshaf : Entrypenuh  ini terpaksa dikeluarkan disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Harap Maaf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...