
AS guna Tomahawk terbaru untuk serangan di Libya

Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.
Penunjuk perasaan anti-perang berdemonstrasi di Los Angeles, California sempena ulangtahun kelapan pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan menuntut supaya perang ke atas Libya dihentikan. – AFP
Saya sangat sedih terhadap serangan yang dilakukan ke atas Libya oleh kuasa-kuasa besar (diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.)
Saya berharap Libya dapat memulihkan keamanan secepat mungkin dan dapat mengelak kematian ramai orang awam yang disebabkan oleh konflik senjata di sana.
Setakat ini banyak negara-negara yang memprotes apa yang di lakukan di Libya oleh Amerika Syarikat disebabkan campurtangan dalaman yang akan menjadikan Libya seperti Iraq jika serangan demi serangan tidak dihentikan dengan segera.
Bantahan sama turut disuarakan oleh masyarakat dunia melalui demontrasi jalanan dan sebagainya.
Ringkasan : Amerika Syarikat (AS) dan Eropah membentuk gabungan bagi melakukan serangan ke atas pertahanan Presiden Muammar Gaddafi dan pasukan udaranya dengan peluru berpandu dan serangan udara pada Sabtu, melancarkan tindakan ketenteraan antarabangsa terbesar sejak perang Iraq.
Serangan tentera ke atas Libya diketuai kuasa-kuasa barat oleh Perancis, Britain dan Amerika Syarikat. Ia dilakukan bagi menguatkuasakan resolusi zon larangan terbang yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan melindungi puak penentang daripada kekejaman tentera Muammar Gaddafi
Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berkata semalam, rakyatnya sudah bersiap untuk menghadapi perang yang berpanjangan dan akan menumpaskan negara Barat yang mula melancarkan serangan terhadap tenteranya, semalam.
Gaddafi yang berkuasa sejak empat dekad lalu, juga mengulangi, beliau tidak akan dapat ditumbangkan oleh ‘pakatan salib’ yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis.
Hingga sekarang seramai 48 orang terbunuh dan 150 cedera dalam edisi serangan terbabit.
Yaallah peliharalah mereka!
pegolakan libya 2011