Welcome to Delicate template
Header
Just another WordPress site
Header

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik

March 20th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Perkahwinan | Tazkirah

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah lelakiyang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”

Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal isteriku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..

sumber : blog sifu evisoraya terima kasih atas perkongsian ini dan setelah diolah sedikit isinya:)

This post was written by

shakirshafiee – who has written posts on shakirshafiee™.
MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

52 Responses

  • Nik Evi says:

    hehe terharu rase :P thanks eyy

  • ~nsar~ says:

    ya sokong… sngat terharu….

  • intan says:

    terharunya ..sejujurnya sayapun ingin mengungkapkan kata2 sebegitu, tapi apabila saya ingin menulis kata2 itu jadi hilang ,benda itu hanya dalam hayalan saja tak mampu untuk saya tulis, taniah memang susah untuk kita mencoretkan sesuatu yang ikhlas dari lubuk hati kita sebenarnya …taniah .

  • eira says:

    wow..insyaAllah..setiap jdoh Allah da tntukan..

  • betoi2 mantap erk..:)
    tahniah atas entry kali ini, menyentuh qalbu..:)

  • adylah razak says:

    sangat2 best….luahan dari hati yg ikhlas….x semua mmpu mlakukan perkara yg sama…tahniah!!!

  • shafika says:

    swEet..best..lelaki yg baik utk perempuan yg baik..yup, itu janji Allah..i’Allah :)

  • izwanyusof says:

    terdiam bro.. haha.. baca slalu dah entri2 camni..tapi yg ni versi lain sket..

  • roslinaabdulkarim says:

    Dimana kah logiknya……
    Ini kerna perempuan yg xbaik (non Syariat Compliance) akan rimas pd lelaki yg baik (Syariat Compliance) bimbang takut dikongkong. Makanya mereka akan mencari someone that equivalent to her, so no need to worry la. e.g dpt ala2 ustaz kang itu x bole ini x bole haaa boring la.
    Begitu lah juga sebaliknya lelaki x baik (non Syariat Compliance) xkan berminat pd perempuan yg baik. e.g ala lecela smuanya tutup.
    That the current situation what I was see now. Tapi byk lagi la cth2 lain….
    MasyaAllah see how betapa benarnya firman Allah…tu la cuma kt slalu t’lepas pandang.
    Jikalau perkara ini berlaku sebaliknya what i was heard b4 jika lelaki yg mempunyai buruk akhlak isterinya dan senantiasa mengajak ke arah kebaikan d beri pahalanya seperti nabi Allah Luth dan Nuh.
    Perempuan pulak kes yg sama akan d berinya pahala seperti Asiah isteri Firaun.
    Shakshaf correct me if I’m wrong.

    • Firman Allah:
      Terima kasih tas perkongsian saudari..
      Betul apa yang saudari katakan.. memang asasnya mcm tu.. lelaki yang baik untuk yang baik dan yang jahat ntuk yang jahat..

      Istilah “Baik” dan “Jahat” hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at dan bukan mengikut tafsiran manusia yang terbatas.

      “Baik” di sisi Allah ada yang faedahnya serta merta dapat dikesan oleh manusia dan ada yang faedahnya hanya dapat dikesan oleh manusia setelah beberapa tempoh, malah mungkin tidak dapat dikesan langsung sepanjang hidupnya.

      Tetapi ayat allah itu tafsiran yang meluas..

      Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

      Firman Allah:

      (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

      [Maksud surah al-Nur 24:26]

      Ayat ini disebut turun sempena peristiwa fitnah ke atas A’isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A’isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A’isyah juga adalah baik.

      [1] Kaedah tafsir menyebut:

      Sebab-sebab turun sesuatu ayat tidaklah membatasi pengajaran ayat tersebut jika ia (ayat itu) diturunkan dengan lafaz yang umum.

      [2] Kaedah tafsir juga menyebut:

      Ayat yang bersifat umum hendaklah difahami secara umum melainkan wujudnya nas lain (sama ada drpd al-Qur’an atau hadis yang sahih) yang mengecualikan keumuman tersebut.

      Pengecualian memiliki beberapa peranan, antaranya ialah menerangkan fungsi sebenar sesuatu ayat yang umum tadi.

      [3] Kaedah tafsir juga menyebut:

      Ayat yang bersifat perintah, penegasan dan penetapan hendaklah diungguli di atas ayat yang bersifat pengkhabaran dan anjuran.

      [4] Kaedah usul pula menyebut:

      Sesuatu istilah atau ayat hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at, sama petunjuk jelas (qath`i) yang berdiri dengan sendirinya atau petunjuk samar-samar (dzanni) yang apabila dihimpun bersama dapat mengarah kepada satu petunjuk yang jelas juga.

      Berdasarkan 4 kaedah ini, boleh dibahas ayat 26 surah al-Nur di atas sebagai:

      Pertama:

      Sekalipun ia diturunkan kepada A’isyah radiallahu `anha, keumuman ayat tersebut menjadi pembimbing bagi seluruh umat agar mencari yang baik sebagai pasangan hidupnya.

      Kedua:

      Kes Nabi Nuh `alaihi salam dan isterinya, Nabi Lut `alaihi salam dan isterinya serta kes Asiah radiallahu `anha dengan suaminya Fir`aun adalah pengecualian daripada keumuman ayat di atas.

      Pengecualian 3 kes di atas dan lain-lain menunjukkan ayat 26 surah al-Nur bukanlah penetapan Allah ke atas manusia tetapi adalah pengkhabaran Allah kepada manusia tentang apa yang sepatutnya dijadikan bimbingan oleh mereka.

      Ketiga:

      Ayat 26 surah al-Nur bersifat pengkhabaran manakala saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) antara sesama manusia, juga antara sesama pasangan suami isteri, adalah merupakan perintah sama ada di dalam al-Qur’an atau al-Hadis. Mencari pasangan yang terbaik dari sudut agama juga merupakan suruhan agama (Hadis Sahih Muslim).

      Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri.

      Keempat:

      Istilah “Baik” dan “Jahat” hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at dan bukan mengikut tafsiran manusia yang terbatas.

      “Baik” di sisi Allah ada yang faedahnya serta merta dapat dikesan oleh manusia dan ada yang faedahnya hanya dapat dikesan oleh manusia setelah beberapa tempoh, malah mungkin tidak dapat dikesan langsung sepanjang hidupnya.

      Sebagai contoh: Adakalanya sesuatu kejahatan di sisi manusia adalah jalan yang mengarah kepada kebaikan di sisi Allah, sebagaimana kejahatan Fir`aun adalah jalan yang telah menaikan darjat Asiah sebagai salah satu daripada 4 wanita termulia di dunia.

      Inilah yang disebut sebagai: Allah sentiasa memberi yang terbaik, namun adakalanya Allah memberikan sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikan itu.

      Maka dari sudut yang lain, Fir`aun adalah seseorang yang “baik”, kerana dengan kejahatannya Asiah telah mendapat darjat yang mulia manakala manusia pula, dengan membaca kisah Fir`aun dalam al-Qur’an, dapat menjadikan dia sebagai teladan untuk membaikan diri mereka.

  • nuwaera says:

    wow keren….

  • syahiirah says:

    “Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.”
    subhanallah! T___T

  • noufa says:

    sangat terharu…
    juga untuk bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya…
    benar semuaanya adalah rahsia Allah swt….

  • Hani says:

    Salam..sekadar ingin berkongsi kisah sedih..huhu..sy pernah berkenalan dgn sorg laki yg baik awal tahun ni..kami kenal di facebook.hampir sebulan kenal,kami jumpa ditemani kwn2 sy..dia kata dia suka sy.dan dia serius nak kenal sy dgn lebih dekat dan ingin kawin lam masa terdekat kalau kami ada jodoh.setelah berjumpa,dia ada sms sy.dia tanya boleh x sekali lagi kalau kami jumpa, dia nak tengok sy pkai tudung labuh.sy agak terkejut.sy tanya dia kenapa.katanya dia suka kalau isteri dia nnt pkai tudung labuh.pkai tudung biasa x muslimah..sy yg pada waktu tu seperti x dapat menerima kata2 dia cuma berkata..dlm waktu terdekat sy belum ada kekuatan nak berubah..dan dia diam je x reply sms sy waktu tu.setelah beberapa bln kenal,sy perasan dia ni pengikut wahabi sbb byk kata2 dia yg mengelirukn sy.setelah ditanya,akhirnya dia mngaku dia wahabi.dengan berat hati sy kata kat dia yg hubungan kami xkan lebih dari kawan sbb dia wahabi..padahal sy dah betul2 jatuh cinta.huhu..sy tau dia terasa ngan keputusan sy.pastu kami sangat jarang berhubung dah,last2 dia inform kt sy yg dia akan kawin bln syawal ni.n dia mntak maaf atas segala kesilapan.hati sy rasa sgt sayu,sbb baru je dlm 3 bln lps sy tolak dia, tiba2 dia akan kawin dah.katanya dia kenal perempuan tu sgt sekejap,tapi terus decide nak tunang n kawin..sy tgk gmbar tunang dia..pkai tudung labuh..mmg itulah yg sepadan utk dia.lepas tu barulah hati sy terbuka utk berubah..sekarang sy cuba menutup aurat dgn betul..sy cuba jadi perempuan yg baik dan mendekatkan diri dengan-Nya..perkenalan sy ngan dia betul2 ada hikmah utk diri sy..sy berdoa agar sy istiqamah dgn perubahan ni..dan insyaallah bertemu calon suami yg baik 1 hari nnt.

  • amylia says:

    yaa..lelaki baik untuk perempuan yg baik..tp knpa bila rsa dialah yg terbaik tp jadi yg sebaliknyaaa..

  • happy boy ejat says:

    bro… klu blh ayat tu jgn mcm derama ptg2 blh x..???
    tp walau ape2 pon aq suke dgn cerite kw cos bende tu dtg dri ati kw..hahaha…
    semoge bahagia ye…

  • ulfa baihaqi says:

    subhannaallah………………..

  • fatin nabihah says:

    tersentuh dan terharu sampai nak nanges pun ade… good writing!~~

  • Mona says:

    Dulu aku mohon padaMu agar ada Cinta lelaki untukku. Sekarang aku merasakan aku seperti dilamun cinta, tapi bukan pada mana-mana lelaki yang kupohon tapi padaMu ya Rabbku… aku malu, kerana kau anugerahkan ‘rasa’ itu pada diri yang tidak layak ini..

  • azalia says:

    kalau kita kata kita seorang yang boleh terima seadanya, tapi bila kita jumpa seseorang yang org nak kenalkan kat kita, baru secara fizikal je kita dah tolak. salah ke kita?atau pun sombongke kita pada Allah ye? sedangkan kita berhak memilih, bukan yang cantik/ kacak tapi sejuk mata memandang. orng kata, kat mata dah sakit, macm mana nak turun ke hati. lagipun, kita reject orang tu mungkin sebab memang dia bukan jodoh kta sebab dah memang hati kita tak terbukak. saja nak tanya, boleh pakai ke teori saya tu?

  • syifa says:

    masyaALLAH…sgt meruntun hati…sdih ny…itulh,, sifat mnusia yg sntiasa gelojoh mncri cinta manusia tnp mgharap kn redha ILLAHI…peringatn untuk saya jgk… alhamdulillah..sy dpt memahami msg entry ni..tahniah…entry ni mmg terbaik la…:)

  • jun says:

    waaa….sgt terharu

  • bestnya surat ni.. minta izin tuan punya tanah.. saya copy n paste erk.. hehe..

  • semua wanita idamkan lelaki yang soleh, baik, yang dapat memimpin mereka jalan ke syurga dan mampu menjadi ayah kepada keturunannya. lepas dengar cerita pengalaman kawan pensyarah sy, seorang ustazah, yang bercerai sebab tak tahan dengan suami, bekas ustaz, & terpengaruh jd kaki botol. lelaki tu pilihan keluarga dia dan membesar serta menuntut ilmu di Mekah. sy jadi makin takut+risau andai lelaki yang melamar saya hanya kerana nafsu dan prangai srupa dgn lelaki tu…. :’(..

  • Lydia Wheeler says:

    Ayat 26 surah al-Nur bersifat pengkhabaran manakala saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) antara sesama manusia, juga antara sesama pasangan suami isteri, adalah merupakan perintah sama ada di dalam al-Qur’an atau al-Hadis. That the current situation what I was see now.

  • koizek says:

    masih tercari2 empunya nama yg tercatit di luh mahfuz untuk ku… indahnya jika surat ni ditujukan kepada ku =)

  • Savannah Caldwell says:

    Shakshaf correct me if I’m wrong. yaa..lelaki baik untuk perempuan yg baik..tp knpa bila rsa dialah yg terbaik tp jadi yg sebaliknyaaa..

  • epaleye says:

    assalamualaikum,
    cantek artikel awak :) teruskn

  • Kadand kadang amat berharap bakal suami nanti mengucapkan kata kata :

    ‘ Marilah kita berjuang berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga abadi. Marilah kita berjuang sehingga dapat mengecap bahagia perjuangan di jalan Allah. ‘

    Terima kasih buat warkah yang indah ini :)

    Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

  • nur ilahi says:

    ana sgt risaukn siapa jodoh ana …mcm mana nk buang perasaan ni?? ana juga tak mahu terlalu fikirkan tentang jodoh ..

  • najihah says:

    moga dipermudahkn segala urusan jodohku…cinta ini hanya utk dia(bakal suamiku..–masih dalam pencarian)..insyallah..

  • irma says:

    Tersentuh…siapakah dirimu…

  • tirmaksih atas tausyiahnya pak..

  • Sandha L Danielle says:

    Saya harap kita kena memuliakan Tuhan. Gunakan huruf besar untuk setiap perkataan Tuhan atau Allah SWT. Jangan terlepas pandang. Sekian

  • Nur says:

    subhanallah….~.~

  • aisyaha says:

    tq for sharing….yup..jodohmu ada di tahajjudmu

  • lelaki yang baik hati kepada perempuan



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>