‘Syukur kami dapat pulang’
“Kami tidak mempunyai wang kerana bank tutup, bekalan makanan semakin habis. Kami bersyukur apabila kedutaan mahu membawa kami pulang,”
Kata-kata yang dipetik dalam akhbar tempatan mengenai pergolakan keadaan di negara itu semakin serius dan tidak terkawal.
Berita tentang sahabat saya yang berada di Yaman turut dikongsi juga bersama sahabt saya disini oleh ustaz Solihin mengenai pergolakan di negara tersebut yang semakin meruncing.
Alhamdulillah, Sahabat saya ustaz Zaidi sudah selamat sampai di Malaysia bersama isteri dan anaknya dengan pertolongan kerajaan dan kedutaan Malaysia di Yaman.
Keadaan ini juga menyaksikan pelajar kita terpaksa singgah di beberapa lokasi tertentu sebelum mereka pulang ke tanah air, pelajar yang dibawa pulang hanya membabitkan mereka yang berada di kawasan paling teruk terjejas terutama di Sana’a, ibu negara Yaman
Pergolakan semakin merebak dan terus merebak dari Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan sekarang kalau tak salah saya di Saudi.
Yallah permudahkan segala urusan hambamu ini disamping lindungilah kami dari segala apa yang diluar perancangan hambamu.
Marilah kita doakan moga keadaan di Yaman kembali stabil untuk mereka kembali berjuang mencari ilmu dengan secepat mungkin disana.
Maka bersabarlah buat sahabatku. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti ada hikmah perkara yang lebih baik menanti.
Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.
Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya,
“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari,
Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah . Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah.
Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.

Wallahualam.
Sumber Berita harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...