Gol peribadi saya setakat bersama SBB 3 tahun 12gol. kredit + Fadzil Harris
Alhamdulillah. Pagi tadi saya sempat menghadirkan diri dalam siri perlawanan persahabatan untuk KARISMA 2011. Permainan yang santai untuk mengeratkan ukhuwah bersama anak-anak Malaysia di Jordan tersemai.
Maklumat pertandingan ini disini KARISMA 2011
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan ( lefthanded ) dan sebagainya
Ramai yang tak tahu saya ni sebenarnya kidal orangnya.. Semua pergerakan saya menggunakan kiri berbanding kanan. Nak panggil mat kidal pun boleh. Tetapi lagi afdhal panggil ket je la.
Kelebihan golongan kiri ini : ‘percaya atau tidak bolos saja dinding itu’.
Bola sepak : Posisi sayap kiri adalah paling cantik dan baik untuk mereka yang ini disebabkan kedudukan yang menghadap gol dapat menghantar bola dengan baik disamping rembahan terus ke gawang gol.
Tulisan Arab: Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
Kamera : Bentuk kamera DSLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut.
Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
Makan tangan kiri pasal isu makan guna tangan kiri. saya rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu atau garpu? Orang kidal ni selalunya kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
shakshaf : Anda seorang kidal? Kongsikan kisah menarik anda sebagai golongan ‘lefthanded’ ini bersama saya.
Wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...