Gambar sekitar bencana alam thunami Jepun

March 12th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Thunami Jepun

A ship is washed aground in Kamaishi City, Iwate, by the tsunami which followed the Japanese earthquake [Reuters]
Friday’s twin disaster was one of the biggest to hit Japan in recent decades . [Reuters]
Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat seperti yang terdapat dalam sebuah hadis: Daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat.
Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.”
(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi)

A massive earthquake triggered a devastating tsunami in northeastern Japan killing hundreds. [Reuters]
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya:
“Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenangjung arab,
Yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.(Hadis Riwayat Muslim)
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1- Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

The quake shook Japan and roads in many cities caved in. [AFP]
2- Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3- Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4- Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

Water submerged highways in the city of Sendai as the tsunami struck [AFP]
5 – Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6 – Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Countries around the Pacific basin are on tsunami alert. [Reuters]
7 – Gempa bumi di Timur.
8 – Gempa bumi di Barat.
9 – Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10 – Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

The 8.9-magnitude earthquake struck on Friday afternoon, creating gigantic waves. [Reuters]
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. Jibrail bertanya kepada RasululIah saw.,
“Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”.
Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan”
Berlakunya gempa bumi juga merupakan tanda-tanda kiamat.
“Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan – Sahih Bukhari
Semua sudah jelas dan terang tentang berakhir perhentian kita di bumi pinjaman yang sementara dan akan kembali ke syurga yang kekal selamanya.
Bersediakah kita untuk pergi ke destinasi yang abadi?!
Kalau kurang faham(tulisan BI) minta bantuan haji google translate. Bersumberkan al-jazeraa

This post was written by

shakirshafiee – who has written 427 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

34 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>