Thunami Jepun tanda dunia di penghujungnya?

March 11th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Thunami Jepun

Percayalah dengan janji Allah dan Rasulnya yang kiamat sudah dekat!!

Adakah kita sudah bersedia menerima penghujung dunia yang semakin tua dan uzur ini?!

Ya Allah satukanlah hati kami dan usaha pengorbanan kami dalam menempuh onak berduri ini dan segala macam ujian dan bencana untuk kami rela syahid di jalanMu untuk menegakkan agamaMU.

“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenangjung arab, yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.(Hadis Riwayat Muslim)

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK. Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. – malaysiakini

Sebagai umat Islam  semestinya kita tahu dan yakin apa yang telah belaku ini  semuanya adalah kuasa penciptanya untuk melihat sejauh mana hubungan kita dengan Allah.

Saya terkejut dengan berita hari ini dan mengambarkan thunami seperti di Indonesia akan kembali menjadi titik hitam kemusnakan dan korban yang sangat besar akan berlaku.

Gegaran ini turut dirasai oleh 16 buah negara yang berhampiran dan membuatkan semua orang tidak akan duduk senang dengan bencana dunia yang menakutkan ini.

Adakah semua ini petanda dunia di penghujungnya?

Sedikit demi sedikit daratan dilitupi dengan air laut dan lama kelamaan akan memjadi pulau dan hilang di peta dunia. “air yang kecil boleh jadi kawan tetapi bila air yang besar menjadi lawan”

Hanya doa yang kita pohonkan kepada Allah akan keselamatan mereka dan dijauhkan dari segala apa yang tidak diingini dari dunia dan akhirat.

Dan maklumat yang saya dapat Tsunami dengan kekuatan 8.9 magnitude yang sedang melanda Jepun. Besar kemungkinan Indonesia, Filipina dan Malaysia diberi amaran kemungkinan Tsunami. Tsunami dijangka sampai ke Malaysia dan Singapore bermula 6.30 petang ini.

Harap semua tidak berapa di tepi pantai pada waktu tersebut untuk keselamatan. Doakan negara kita selamat dari musibah. Peliharalah kami Ya Allah!

Wallahualam..

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

8 Responses

  • salam, hal ini amat menginsafkan.
    berlaku pula pada hari jumaat. Subhanallah.
    singgah dri blog ben..n foloo

  • c-tea says:

    ya allah..hebatnya kuasamu…kau jadikan air yang sejuk itu pemusnah…kau ratakan daratan ini dengan air mu…kau sedang menguji kami..

    kepada penulis…terima kasih atas informasi ini…sama-sama lah kite berdoa untuk kesejahteraan semua..

  • eka says:

    Assalamualaikun. 3 hari yang lalu saya ada bermimpi, ketika itu saya hendak menunaikan solat, namun saya berasa hairan mengapa kedudukan sejadah bertentangan dengan hari2 kebiasaannya. Lalu saya bertanya kepada ibu, ibu berkata hari itu matahari terbit di mana ia tenggelam sebelumnya. Lalu saya menunggu matahari terbit. Kata ibu betul dan ketika matahari terbit seluruh langit kelihatan merah seperti sedang terbakar, seolah2 hari kiamat telah tiba. Astagfirullah al azim. Begitu menakutkan sungguh. meskipun mimpi itu mainan mimpi, namun saya percaya kadangkala Pencipta memberi isyarat melalui mimpi. Buktinya, hari ini berlaku gempa bumi dan tsunami.

  • subhanallah..terkejut juga masa baca berita kat kelas pagi td..semoga kita semua di lindungi Allah swt

  • Azi says:

    Saya pula mimpi saya berbeza, Eka. Saya mimpi ayah saya bergegas nak melekatkan kertas yang ada ayat. Katanya bace ayat yang ada di kertas itu kerana dia cakap ada orang yang di masjid mengata kan ada Gempa bumi dan mungkin juga ada mengatakan banjir besar melanda negeri jiran. Entahlah, mungkin petanda juga?

  • caliph says:

    seperti yg pnah berlaku dulu.. bermula dgn gempa & diikuti dgn tsunami..
    impak kemusnahan amat teruk.. smoga kita dlm lindunganNya sentisa…

  • Ini akibat dari tangan-tangan manusia…

  • Saya menjadi sangat insaf dengan bencana jepun sebagai pertanda kiamat telah diambang pintu. Karena itu aku ingin mempertingkatkan ibadah dan beriman untuk mengasihi sesama manusia dalam tolong menolong dan kasih mengasihi diantara sesama. Sambil berdakwah dalam ayat ar qur’an dan hadits muslim.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge