KARISMA kali ke5 dan SBB kali KE6 kredit+Hanan
• Berikut merupakan tarikh-tarikh KARISMA sejak awal perlaksanaanya : -
KARISMA 2008 : 1-3 Mei 2008
KARISMA 2009 : 30 April, 1-2 Mei 2009
KARISMA 2010 : 29-30 April, 1 Mei 2010
KARISMA IV : 31 Mac, 1-2 April 2011
Sejarah KARISMA
KARISMA adalah satu program yang diasaskan oleh MPPMJ sebagai medan untuk mahasiswa seluruh Jordan berhimpun mempamerkan bakat masing-masing dalam bidang sukan selain merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
KARISMA merupakan program tahunan MPPMJ yang telah diletakkan di bawah Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MPPMJ.
KARISMA pertama kali dilangsung dan diperkenalkan pada tahun 2008 dan telah memilih Irbid sebagai tuan rumah untuk program yang julung-julung kalinya ini. 4 mantiqah akan bertanding di dalamKARISMA [ Amman - Irbid - Mafraq - Mu'tah ].
KARISMA 2009 diadakan di mantiqah Mu’tah. Manakala KARISMA 2010 pula telah menjadikan mantiqah Mafraq sebagai tuan rumah. Dan kini mantiqah Irbid sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi program yang berprestij ini. Bak kata pepatah “ sireh pulang ke gagang “.
KARISMA pada awalnya adalah singkatan kepada Karnival Sukan, Akademik dan Budaya. Dan untuk KARISMA yang kedua sehingga kini, ia adalah singkatan kepada Karnival Sukan Mahasiswa se-Jordan.
KARISMA 2008 merupakan KARISMA yang paling banyak mempertandingkan acara kerana ia telah menggabungkan 3 aspek utama [ sukan-akademik-budaya ].
KARISMA 2008 telah mencatatkan Irbid sebagai juara keseluruhan. Dan sekali lagi Irbid dinobatkan sebagai juara keseluruhan padaKARISMA 2009. Namun KARISMA 2010 telah menjatuhkan Irbid ke tempat kedua dan mengangkat Mu’tah sebagai juara keseluruhan.

KARISMA IV akan menggunakan sistem pemarkahan mengikut sistem medal iaitu mengikut jumlah kutipan EMAS terbanyak.

• Antara acara yang dipertandingkan untuk KARISMA IV kali ini adalah : bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong, tarik tali, catur dan olahraga. Dan KARISMA IV telah memperkenalkan 3 lagi acara baru iaitu sepak takraw, dart dan tenpin boling.

Maklumat lanjut layari  Blog : Road to KARISMA 2011 D’irbid DAN Facebook : KARISMA 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...