ANJURAN : BIRO PEMBANGUNAN MINDA DAN AKADEMIK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ) SESI 2010/2011 DENGAN KERJASAMA:JABATAN PENUNTUT MALAYSIA, JORDAN
DENGAN TEMA : ”Tatkala minda dan hati berbicara, tinta menari meluah kata”
SASARAN : Semua pelajar Malaysia yang menuntut Di Jordan dalam program ijazah sarjana muda (Universiti yang diiktiraf)
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH :
1) Terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menuntut di JORDAN dalam program Ijazah Sarjana Muda.
2) Artikel hendaklah ditulis (penulisan sendiri) tetapi sebarang bentuk rujukan yang boleh menyokong idea adalah dibenarkan.
3) Artikel hendaklah ditulis berdasarkan kategori-kategori berikut :
- * Aqidah dan Kepercayaan
- * Fiqh dan Syariah
- * Tazkiah al-Nafs dan Tasauf
- * Pengajian Am dan Sejarah Islam
- * Komentar Isu Semasa(berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah)
Note : Jika ada yang nak buat lebih dari satu kategori pun boleh, InsyaAllah…
4) Setiap artikel hendaklah disokong dengan hujah-hujah sama ada dari nas-nas al-Quran,Hadith, pendapat-pendapat ulama’ ataupun bukti-bukti dari sirah ketamadunan Islam.Ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sandaran hendaklah dinyatakan periwayatnya serta tahqiq dan takhrij hadith tersebut daripada ahli hadith.
5)Artikel hendaklah tidak menyentuh isu-isu sensitiviti mana-mana kaum dan agama lain serta tidak menyentuh isu-isu politik negara.
6)Tulisan hendaklah ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia.Sebarang bahasa asing adalah dibenarkan dengan syarat ianya sesuai dengan kaedah-kaedah dan format penulisan.
7)Format penulisan adalah seperti berikut :
- · Menggunakan font Arial 12
- · Double spacing
- · Tidak kurang dari 20 muka surat dan tidak melebihi 80 muka surat,tidak termasuk senarai rujukan.
- · Menggunakan kertas A4 saiz
- · Ditulis di dalam Bahasa Melayu
8)Penilaian Artikel :
8.1)Jawatankuasa Penilaian Artikel adalah dari mereka yang dilantik oleh Jawatankuasa Biro Pembangunan Minda & Akademik.
8.2)Penilaian Artikel akan diasaskan kepada perkara-perkara berikut :
- * Isu artikel
- * Pengolahan isi yang menarik beserta hujah dan contoh
- * Data-data sokongan
- * Bahasa
9)Keputusan pemenang akan dimaklumkan.Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Pertandingan adalah MUKTAMAD.
10)Artikel-artikel yang telah dihantar adalah menjadi hak milik penganjur.
- Tarikh Tutup Pendaftaran : 11 Mac 2011
- Tarikh Akhir Penghantaran Karya : 26 April 2011
Yang penting sekarang ni, daftar dulu sebab tarikh pendaftaran berakhir 11 Mac 2011. Jangan Terlewat!
Then, baru start buat karya anda ala-ala tesis Dapatkan Borang Pendaftaran Segera daripada :
- Syabab : Muhammad Hibatul Muqlis Bin Badaruddin 0777107337
- Akhawat : Rahil Mohd Ghazali 0777699057
Dan hantar kembali borang pendaftaran sebelum 11 Mac 2011
- Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik : Facebook Penulisan Ilmiah
- Video Pertandingan Penulisan Ilmiah : Video Promo




