Wartawan shaker, Penulis Hamzah dan Tuan pen Ruzaimymakanan halal dinegara bukan Islam
Bismillah ar rahman ar rahim
Sejauh manakah kita peka akan masalah ini. Saya kongsikan bersama anda.
Situasi paling mencabar bila berada di negara bukan Islam ialah soal mencari makanan yang berstatus halal. Memang tidak dinafikan banyak makanan segara yang telah tersedia. Tetapi halalkah?
Tetapi kami mengambil langkah berhati-hati dengan bertanya dengan orang tempatan restoran makanan Islam dan yang paling penting Halal.
Allah berfirman dengan maksudnya “Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dari apa yang tedapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.”
Sekarang mari kita cuba faham apa kata al-Quran bersabit dengan makanan.
Ramai orang yang mengakui Islam bercakap pasal makanan halal tanpa betul-betul memahami kriteria yang dijelaskan dalam Quran. Mereka selalunya menggunakan kriteria dan definasi yang direka-reka manusia, bukan hanya definasi Allah yang dijelaskan dalam al-Quran.
Bagaimana Allah tidak senang dengan mereka-mereka yang mengharamkan benda-benda yang tidak diharamkan. Mengharamkan apa yang tidak disebut dalam al-Quran adalah menokok tambah apa yang Allah tidak kata. Ianya boleh dikatakan cuba lebih memandai daripada Allah.
Orang Islam, yang tunduk patuh, memegang hanya kepada ayat-ayat Allah, hanya undang-undang dan tegahan-tegahan daripada Allah, bukan daripada manusia. Allah tidak lupa. Apa yang tidak disebut, sengaja Allah tidak sebut. Allah tidak kehabisan perkataan.
Kita sebagai pengguna ada hak. Kita ada hak nak tau makanan tu halal ke tak, benda yang kita guna tu boleh guna ke tak. Isu macam ni macam dipermainkan. Isu remeh ke?. Rasanya tak. Kalau makan benda haram, darah daging haram.
Doa tak akan di makbulkan. Kalau dah kita makan pun was-was hukumnya dah jatuh haram jadinya lepas ni nak makan kena hati-hati.
Dalam Islam bukan sahaja di tuntut untuk makan makanan yang halal, tapi bersih dan suci. Disini saya kongsikan juga vlog sebuah restoran makanan Islam yang halal Mat’am Bahrain berdekatan dengan Masjid Banya Bashi sebagai tanda ingatan dan kenangan kami.
Kepada mereka yang mahu kesana nanti terjahlah kedai ini dan cari duit seringgit itu dari hamzah,ruzaimy dan shaker.
Entry lepas mengenai Salji tahun ketiga di Sofia Bulgaria
shakshaf : Dapatkan maklumat makanan yang halal di Masjid berhampiaran kerana disitu tempat tumpuan orang Islam dan jangan malu segan untuk bertanya.(situasi dinegara bukan islam sahaja)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...