Bercinta Sampai ke Syurga dan Teledrama HANI TV3 sudah dipenghujungnya
Saya bukan seorang peminat cerita bersiri mahupun episod.
Apatah lagi cerita yang mempunyai siri atau episod yang banyak. Semua ini akan membuatkan jalan cerita yang meleret dan terlalu jauh dari asal. Membosankan otak untuk memikirkan. Ini realitinya bagi saya.
Kadang-kadang maksud yang hendak disampaikan terlalu meleret dan panjang sehingga membosankan para penonton untuk meneruskan episod yang seterusnya.
Ada juga yang terus meninggalkan cerita tersebut. Merugikan masa dan waktu sahaja.
Inilah realiti filem tanah air kita sekarang. Kalau tiada CINTA maka tiadalah penontonya. Daya tarikan sesebuah filem adalah CINTA.
Tetapi motif yang hendak disampaikan hanyalah sedikit dan kadangkala tiada langsung. Saya bukanlah pengkritik filem tanah air. Sebagai seorang penonton saya berhak untuk menyatakan apa yang saya rasa selepas menonton sesebuah cerita.
Tapi ada setengah mengatakan “ Siapa lagi mahu menyokong cerita Malaysia.” Jawab sendiri katanya.
Tapi cerita ini sebaliknya.
Mungkin satu tarikan pada diri saya untuk cerita ini apabila lokasi pengambaran di jalankan di tempat saya mengkhatam 30 Juzuk sekaligus meningatkan kembali saat-saat dan kenangan sepanjang 3 tahun berada disana.
Hanya 13 episod yang mampu mengugat hati dan jiwa untuk menitiskan air mata ini. Tetapi sebagai seorang lelaki hanya tabah melihat setiap isi dan jalan cerita yang di jalankan.
Kalau perempuan rasanya sudah habis tisu sekotak.
Ada baik dan buruknya setiap cerita dan filem yang ditayangkan, semua itu akan kita untuk menilai yang mana buruk dan baik.
“Ambik yang jernih buang yang keruh”
Walaupun jauh di perantauan saya mampu mengikuti filem-filem yang ditayangkan di Malaysia dengan saluran perkongsian yang sah.
Satu cerita yang mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak dan cabaran hidup selepas buta.
Akhirnya Allah lebih sayangkan remaja tersebut dan akhirnya dijemput bertemu sang penciptanya.
Kalau nak tahu cerita apa searh kat internet dan selamat menonton yer. Klau senang searh kat TV3 Malaysia. Keunikan drama HANI ini, ia adalah sebuah drama cinta remaja dan keluarga yang TIADA WATAK JAHAT.Tiada watak antagonist, tiada maki hamun dan tiada skandal.
Apa yang ada hanyalah konflik kehidupan insan, keluarga dan kehidupan mereka yang bertarung dengan nafsu, fikiran, perasaan dan kehendak-kehendak diri yang lebih mencerminkan realiti.
Tentu sahaja pendekatan ‘berani’ Ustaz Zabidi Mohamed ini bercanggah dengan kebiasaan drama-drama yang mengisi slot Lestary di TV3. Akan tetapi rating memberansangkan yang dicatat oleh Teledrama HANI ini, nyata meletakkan satu benchmark yang tersendiri, bahawa semua itu bukan lagi ‘the in thing’ semasa. Kehidupan sebenar masyarakat yang sudah sedia penat dengan masalah, tekanan dan konflik, mereka seharusnya diberi peluang untuk menonton sebuah drama yang menyediakan ruang selesa untuk bermuhasabah biar pun dalam mood berhibur atau berehat.
Saya yakin, kekuatan drama HANI ada di situ.
Malah teledrama HANI tersebut berada di slot LESTARY di TV3 bersempena dengan HIJRAH dan perjalanan kisahnya akan membawa kisah ke lokasi yang cukup unik iaitu di DARUL QURAN (JAKIM) di Kuala Kubu Bharu. Projek Mushaf al-Quran versi Braille untuk golongan cacat penglihatan akan menjadi subjek penting yang mengisi drama berkenaan. sumber saifulislam.com
Shakshaf : Permohonan untuk kemasukan pelajar ke Darul Quran sesi 2011-2014 telah dibuka. Cepat-cepat sebelum terlambat.
tv3 malaysia

Kali ini dapat tengok pokok krismas yang sebenar diliputi salji
Bismillah ar rahman ar rahim
Alhamdulillah diberikan kekuatan untuk melihat bumi ciptaan Allah di Sofia Bulgaria pada bulan lepas. Tepat jam 6.00pagi kami tiba di stesen bas Sofia Bulgaia setelah menempuh semalaman selam 8 jam dari Istanbul Turki.
Ini juga trip pertama kami yang agak gila sebab memasuki negara eropah yang tidak tahu berbahasa arab dan inggeris. Mereka hanya menggunakan bahasa rasmi mereka sahaja.
Maka, pelbagai bahasa isyarat yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mereka. Alhamdulillah selama 2 hari disana kami dapat melihat dengan lebih dekat budaya dan cara hidup mereka.
Negara ini bukan negara islam seperti Turki dan membuatkan kami berasa kekok untuk mencari kedai makanan yangg halal serta masjid yang kurang ahlinya.
Alhamdulilah kami juga sempat menunaikan solat di Masjid Banya Bashi yang tertelak ditengah-tengah ibu kota ini. Gambar nanti saya akan kongsikan pada entry yang lain disebabkan banyak sangat.

Ditengah ibukota Sofia Bulgaria
Keadaan ibukota Sofia pada ketika ini dalam proses menaik tarap jalan dan terowong dan menyebabkan gambar yang kami tangkap kurang menarik sebab dipenuhi dengan kren dan lori.
Sepanjang 2 hari kami disini banyak masa dihabiskan dengan bejalan serta pusing mengikut arah peta yang kami beli untuk membantu menghabiskan tempat yang ingin kami lawati.

Dihadapan Universiti Sofia Bulgaria
Hampir 10 tempat kami lawati dengan berjalan kaki tanpa menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan untuk menjimatkan kos yang ada.
Kebanyakan tempat yang kami lawati adalah tinggalan gereja lama yang masih digunakan serta banggunan kerajaan serta muzium lama semua ini berada di tengah-tengah ibukota ini.
Bagi saya trip pada musim sejuk amat menyeronokkan tetapi amat susah pergerakan disebabkan pakaian yang tebal dan berlapis untuk melawan sejuk. Nasib kami mempunyai persediaan yang awal lagi untuk hadapi sejuk ini.
Betapa sejuknya ketika ini -10celcius memang menyeramkan
Perjalanan ini berakhir dengan pelbagai tanda tanya mengenai kehidupan dalam negara yang bukan Islam menyebabkan susah bagi kami untuk berkomunikasi dengan baik bersama mereka.
Kami juga terpaksa menempuh perjalanan hampir sejauh 3 kilometer dengan berjalan kaki untuk mendapatkan makanan yang halal dan itu yang membuatkan kami bersyukur sangat kerana dapat berada dalam negara Islam seperti sekarang.
Sirru Ala Barakatillah. Semoga kembara kami ini bernilai ibadah disisinya.
bersambung.
Sofia Bulgaria