PIAWAIAN TETAP OPERASI EMJordan
March 1st, 2011 | Posted by in Kembara Jordan
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, JABATAN PENUNTUT MALAYSIA JORDAN
PIAWAIAN TETAP OPERASI
[STANDARD OPERATING PROCEDURES- (SOP)]
LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI KES-KES BENCANA DI JORDAN
1.0 PENDAHULUAN
- 1.1 Kes bencana alam, kebakaran, kemalangan, kematian dan peperangan adalah sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku. Oleh itu, setiap pelajar perlu mengambil langkah-langkah keselamatan dan sentiasa berhati-hati.
- 1.2 Persediaan menghadapi bencana adalah sangat penting bagi semua individu. Manual ini akan menjadi panduan asas bagi pelajar-pelajar Malaysia di Jordan menghadapi apa jua kes bencana di tempat masing-masing.
- 2.0 BENTUK-BENTUK BENCANA
- 2.1 Bagi memudahkan persediaan awal dibuat, para pelajar perlu mengetahui bentuk bencana yang berlaku dan langkah serta tindakan bersesuaian yang perlu diambil. Pihak JPMJ mengkelaskan kes-kes bencana kepada lima (05) kategori utama seperti yang berikut :
- Bencana alam (gempa bumi, puting beliung, ribut taufan);
- Kebakaran;
- Kemalangan (diri, jalanraya);
- Kematian (rakan pelajar); dan
- Peperangan.
3.0 PERSEDIAAN AWAL
3.1 Satu Jawatankuasa bencana perlu ditubuhkan dan di pengerusikan oleh Presiden persatuan di zon masing-masing. Keanggotaan jawatankuasa terdiri daripada 10 orang yang boleh dilantik daripada pelajar-pelajar Malaysia setempat.
3.2 Tugasan Ahli Jawatankuasa adalah :
- Untuk merancang dan membuat persediaan sekiranya berlaku bencana alam;
- Menyediakan maklumat lengkap pelajar-pelajar yang ada di kawasan mereka. Maklumat termasuklah nama, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, alamat rumah, fakulti, tahun, alamat rumah di Malaysia serta ahli keluarga terdekat;
- Menyediakan nombor telefon pihak-pihak berkuasa tempatan seperti polis, tentera, imigresen, hospital dan nombor telefon kakitangan JPMJ serta Kedutaan Besar Malaysia di Amman;
- Mencari tempat yang sesuai sebagai tempat perlindungan sementara sekiranya berlaku bencana alam. Tempat tersebut seperti hospital, balai polis, rumah sewa pelajar, tempat tinggi, padang atau mana-mana tempat yang sesuai dan selamat. Tempat tersebut perlu dihebahkan kepada semua pelajar-pelajar, agar mereka tahu ke mana hendak dituju sekiranya berlaku bencana. Satu lakaran pelan lokasi tempat tersebut perlu disediakan;
- Menyediakan senarai semak barang-barang yang perlu dibawa sekiranya berlaku bencana alam. Contoh, setiap individu perlu ada satu beg kecil untuk membawa passport, tuala, alatan mandi dan kesihatan dan lain-lain. Beg ini hendaklah sentiasa tersedia untuk dibawa sekiranya mendapat amaran untuk evakuansi; dan
- Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampu picit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya.
- Memaklumkan segera kepada Pengarah JPMJ atau pegawai, semua kes bencana yang berlaku untuk tindakan sewajarnya.
4.0 LANGKAH-LANGKAH SEMASA BENCANA.
- Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan telefon, sms atau arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah;
- Menghubungi segera Pengarah atau Kakitangan JPMJ;
- Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti; dan
- Simpan dokumen penting seperti passport, kad pelajar, kad visa pelajar, kad bank dan lain-lain dalam beg khas berserta keperluan diri yang penting serta letakkan ditempat yang selamat dan mudah diambil apabila perlu.
Maklumat seterusnya layari PERMATA JORDAN disini
Related posts
- Majlis Konvokesyen saya Universiti of Jordan
- Bersama DR MAZA di Mu'tah Jordan
- [Gambar] Bila lelaki minat bunga!
- Dari Malaysia merantau ke Jordan
- Contest wallpaper Mu'tah 2010
- Kes ‘berdarah’ pelajar Malaysia Di Jordan
- Terjah Senja ciptaNya di kaki bukit
- Menempuh semester soifi terakhir 2011
- Haza Min Fadhli Rabbi - Salji 2012
- Cinta dan TakdirNya aku dioversea
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



