Dari Malaysia merantau ke Jordan
March 1st, 2011 | Posted by in Kembara Jordansirrualabarakatillah.. salam perantau buat semua
Pejam celik, pejam celik.
Kini genaplah usia 2 tahun saya bermukim di Jordan sebagai seorang yang berstatus mahasiswa timur tengah.
Disinilah saya mula belajar berjalan, melihat dan mentafsir apakah itu makna ‘merantau’ yang sebenarnya. Adakah bermaksud melancong, mencari dan sebagainya?. Semua itu adalah bermula dari niat kita.
Pelbagai tafsiran dan nilaian inilah yang akan membawa kita lebih jauh kehadapan untuk melihat diri kita yang sebenarnya melalui ilmu yang kita amalkan dan pelajari.
Hidup disini sangat bebas dari sebarang sekatan keluarga dan sebagainya. Semuanya atas diri masing-masing untuk membawa diri kearah yang mereka idamkan.
Saya teringat satu kata-kata sahabat saya yang baru sahaja menamatkan pengajiannya diri “Carilah satu titik permulaan yang akan membawa kita lebih maju berbanding kawan-kawan yang lain iaitu ‘usrah’.
Bagi saya pada awalnya agak janggal. Tetapi sekarang ai adalah satu tempat untuk saya mengasah bakat dan skil yang pelbagai.
Saya tak nafikan pelbagai ‘usrah’ yang ditawarkan diluar sana. Tapi carilah mengikut saluran yang betul melalui medium persatuan dan sebagainya.
Dan kata-kata terakhir ayah saya sebelum pulang ke Jordan tahun lepas “ Carilah ‘usrah’ untuk membina jatidiri dan keyakinan diri.
Hasilnya adalah sangat memberangsangkan..
Terima kasih kepada semua para Nuqaba yang telah mengajar saya erti hidup yang sebenar.
Alhamdulillah juga. Selama bermukim di Jordan saya sempat mengikuti siri pengajian talaqqi, yang dijalankan di Syiria. walaupun tidak istiqamah tetapi ai dapat menambah ilmu dan pengetahuan semasa.
Hidup anda di perantauan tidak akan sempurna tanpa anda berkawan dengan Muslim tempatan dan dari negara lain. Inilah masanya anda melihat keluasan dan kepelbagaian pandangan di dalam fiqh serta memperbaiki mutu percakapan bahasa arab kampung yang sebenar.
Berjalan & Bermusafir Melihat Kebesaran Allah. Gunakan kesempatan yang allah berikan ini dengan sebaiknya.
shakshaf : setakat ini dulu untuk kali ini.. Sudah kering Idea. Tunggu edisi kedua pulak nanti.. saya doakan buat semua adik-adik tengah menunggu keputusan spm 2011. saya doakan semoga anda semua berjaya. khususnya buat adik saya moga kejayaan milik kamu.
Related posts
- Menempuh semester soifi terakhir 2011
- Kerajaan Jordan Bubar Kerana Harga Makan Naik
- Muhasabah itu Munasabah
- MPPMJ: KAMI BERUSAHA DEMI KEBAJIKAN & TANGGUNGJAWAB
- [GAMBAR] Laut yang tidak tenggelam
- Trip in Jordan ~FULLHD
- VIDEO PROMO PERTAMA Kali ke5
- kepada mereka yang sudi dipersilakan
- Saya belajar baca berita di Youtube
- PIAWAIAN TETAP OPERASI EMJordan
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





bestnye.. bile nak sampai sni gakk
datang la cini.. wat master.. mesti smpi…hihi
bestnya…hebat
belajaq dari hg jugak