Hari yang tidak seceria hari lain

February 25th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan
mohon doa dari semua moga saya dapat melalui hari saya dengan tenang dan tabah (gambar hiasan)
Tiada semangat.
Perasaan gembira bercampur sedih.
Itu yang mampu saya kongsikan perasaan ketika ini.
Hari ini 25 Februari 2011 tidak apa yang ingin kongsikan disini. Semua gara-gara fitnah dan tuduhan yang belum ditarik balik membuatkan saya betul-betul tidak senang duduk.
“mandi tak basah tidur tak lena” ini yang terjadi.
Saya semakin runsing dan keliru, apakah ini ujian atau balasan dari dosa-dosa saya yang lalu dan kini Allah zahirkan pembalasan melalui fitnah yang dilemparkan keatas saya ini.
Saya dengan rasa rendah hati memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa sahaja yang membaca entry ini, jika saya pernah buat salah atau sebagainya, saya mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Doa dari ibu dan ayah sudah saya pinta, walaupun hanya melalui msg tetapi ia cukup untuk memberitahu derita anaknya disaat ini, menghadapi dugaan dan rintangan sebagai seorang hamba Allah yang hina ini.
Walaupun dipisahkan beribu batu jauh di Malaysia hanya doa yang saya idamkan.
Kami disini juga memohon doa untuk keselamatan kami anak-anak Malaysia yang menuntut disini, disebabkan tempias rusuhan menjatuhkan pemimpim-pemimpin diktator dunia dan terkini berlarutan di Libya oleh Muammar Gadafi.
Tempiasnya kami sudah terasa dengan kenaikan sedikit harga barang-barang mentah dan kerap arab-arab bergaduh dan dan juga melepaskan tembakan pistol.
Bandar Mu’tah tiap-tiap hari kereta polis buat rondaan. Disebabkan kerap berlaku pergaduhan sesama arab disini dan saya tak pasti masalah yang sebenarnya. Jangan sampai keluar perintah kurung seperti di Mesir. Mintak dijauhkan ya Allah.
Di ibu negara Amman, esok akan diadakan demontrasi sekali lagi. Doakan kami semoga apa yang berlaku di Mesir tidak melarat ke Jordan.
Semua ini semakin lama semakin menakutkan kami untuk bergerak dengan lebih selamat jika keadaan ini berlarutan. Keselamatan kami akan tergugat serta terjejas.
Setakat ini tiada laporan mengenai pelajar Malaysia yang terlibat dalam siri demontrasi jalanan serta telah diwartakan haram kepada semua pelajar untuk menyertainya.
“Yallah permudahkanlah segala urusan hambamu ini.”
Wallahualam.

shakirshafiee
12.00malam
Mutah, Jordan

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

21 Responses

  • ellen says:

    hai dik..terharu akak baca entry ini…semoga adik dan rakan2 tabah di sana..hadapi keadaan ini sebagai dugaan yang datang dari Allah..semoga kuat dan tenang menghadapinya..

  • ~nsar~ says:

    mohon lah pada allah:
    “dan apabila hamba2 Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka(jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi )segala perintahku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran…” (al-baqarah:186)

    “Kami tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (daripada kejahatan) yang telah dikerjakannya. lalu mereka berdoa: ‘ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah, ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimna Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami, ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri maaf lah kami, ampuni lah kami, dan rahmati lah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolong lah kami terhadap kaum yang kafir’” (al-baqarah:286)

    see… allah x kan bebankan hambanya dengan apa yang dia x mampu…
    teruskan perjuangan…

  • fikri says:

    ameen…
    ak pon berharap takde pape yg tak best jadi kat sini..
    pesanan penaja – better tak pyh kluar mlm2 sgt.. smlm kiteorg tersangkut da. tak bule blk rumah.. siap dgr bunyi tembak-menembak.. huhu. rasa mcm pelarian kot.. :)

  • mgpgx says:

    harap2 xblaku pape bro. Dunia arab bergolak kita smua ter
    asa akannya. Smga ia akan menjadi pembakar smgt kta semua utk lebih tabah dlm perjuangan ini. Allah sentiasa bsama kita.. Aku xleh blk mazar mlm td. Huhu. Sbb arb gaduh bwk pistol.

  • wah..besar dugaan tu di negara orang…semoga terus tabah mengharungi detik2 seharian

  • Nor says:

    tidak bergelar seorang penyambung rantai rasululullah, selagi dia tidak merasa sebagaimana yang baginda rasa.biarpun ianya terlalu pahit untuk di telan..tetapi andai sabarmu teguh..indahnya Hadiah yang bakal bertamu..yakinlah dgn Allah.bersangka baik dgn Allah.barangkali dia mengambil cuma 1 hari ceria mu..kenapa harus mengeluh?sedangkan kelak DIA memberi lebih dari apa yang DIA ambil.layakkah kita duhai sahabat???

    • yup.. betul tu,, kitalah mata-mata rantai penyambung perjuangan rasulullah.. mgkin ini adalah sedikit ujian utk melihat hambanya…. Insyllallah.. sykrn ya ukhti… mengeluh untuk memuhasabah diri saya utk lebuh kuat bersamanya.. dan hari ni kawan-kawan semua yang bnyk memberi nasihat.. jazakallahu kheiran jazak..

  • Hans says:

    hopefully abang den nih sentiasa selamat
    amin
    abang jangan sedih2 lah
    insyaallah
    Allah sentiasa memelihara insan2 yang sabar dan benar
    amin
    jgn sedih2 yer

  • stay strong and count on Him.Aja-aja fighting!!!
    P/S:25 Feb is meaningful day for me,when you said 25 Feb is a sad day,i;m also pity for you.May Allah replace with something better:)

  • 'azzah says:

    ehem3..
    incik ydp ku xyah la nk sedey2..
    mungkin ade hikmah di sebalik yg berlaku..
    tabah selalu..^_^v

  • semoga segalanya dalam rahmat dan perlindungan Allah..baca juga berita2 rusuhan smua tuh,amat membimbangkan sbb rata2 ngara buat riot..mcm2 riot ade..ape2 pon..jaga diri n bersabarlah di sana..mungkin kalian antara yg terpilih untuk mnyaksikan segalanya..



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge