mohon doa dari semua moga saya dapat melalui hari saya dengan tenang dan tabah (gambar hiasan)
Tiada semangat.
Perasaan gembira bercampur sedih.
Itu yang mampu saya kongsikan perasaan ketika ini.
Hari ini 25 Februari 2011 tidak apa yang ingin kongsikan disini. Semua gara-gara fitnah dan tuduhan yang belum ditarik balik membuatkan saya betul-betul tidak senang duduk.
“mandi tak basah tidur tak lena” ini yang terjadi.
Saya semakin runsing dan keliru, apakah ini ujian atau balasan dari dosa-dosa saya yang lalu dan kini Allah zahirkan pembalasan melalui fitnah yang dilemparkan keatas saya ini.
Saya dengan rasa rendah hati memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa sahaja yang membaca entry ini, jika saya pernah buat salah atau sebagainya, saya mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Doa dari ibu dan ayah sudah saya pinta, walaupun hanya melalui msg tetapi ia cukup untuk memberitahu derita anaknya disaat ini, menghadapi dugaan dan rintangan sebagai seorang hamba Allah yang hina ini.
Walaupun dipisahkan beribu batu jauh di Malaysia hanya doa yang saya idamkan.
Kami disini juga memohon doa untuk keselamatan kami anak-anak Malaysia yang menuntut disini, disebabkan tempias rusuhan menjatuhkan pemimpim-pemimpin diktator dunia dan terkini berlarutan di Libya oleh Muammar Gadafi.
Tempiasnya kami sudah terasa dengan kenaikan sedikit harga barang-barang mentah dan kerap arab-arab bergaduh dan dan juga melepaskan tembakan pistol.
Bandar Mu’tah tiap-tiap hari kereta polis buat rondaan. Disebabkan kerap berlaku pergaduhan sesama arab disini dan saya tak pasti masalah yang sebenarnya. Jangan sampai keluar perintah kurung seperti di Mesir. Mintak dijauhkan ya Allah.
Di ibu negara Amman, esok akan diadakan demontrasi sekali lagi. Doakan kami semoga apa yang berlaku di Mesir tidak melarat ke Jordan.
Semua ini semakin lama semakin menakutkan kami untuk bergerak dengan lebih selamat jika keadaan ini berlarutan. Keselamatan kami akan tergugat serta terjejas.
Setakat ini tiada laporan mengenai pelajar Malaysia yang terlibat dalam siri demontrasi jalanan serta telah diwartakan haram kepada semua pelajar untuk menyertainya.
“Yallah permudahkanlah segala urusan hambamu ini.”
Wallahualam.
shakirshafiee
12.00malam
Mutah, Jordan




