Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menubuhkan satu potfolio baru bagi exco Negeri Pulau Pinang yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam di negeri tersebut. Potfolio tersebut diketuai oleh beliau sendiri selaku Ketua Menteri dan naibnya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya percaya potfolio ini adalah potfolio pertama seumpamanya diujudkan di Malaysia. Walaupun sebelum daripada ini terdapat cadangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguwudkan Jabatan Kemajuan Agama Malaysia (JAKAM) yang berfungsi mentadbir dan menjaga kebajikan agama bukan Islam, syor ini telah tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Sebaliknya Kerajaan Persekutuan telah mengujudkan jawatankuasa perpaduan bagi menangani konflik antara kaum dan agama dari masa ke semasa. Begitu juga Kerajaan Negeri Perak di bawah tadbiran Datuk Dr Zambry pernah mengujudkan potfolio hal ehwal orang bukan Islam di negeri tersebut agak berbeza kerana ia mengenai orang bukan Islam bukan agama bukan Islam itu sendiri.
Berbalik kepada tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang di atas, saya telah meneliti Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Jadual Kesembilan menggariskan taburan bidangkuasa antaran Persekutuan dan Negeri di Malaysia. Senarai Pertama Jadual tersebut menyatakan perkara-perkara yang mana Kerajaan Persekutuan boleh membuat undang-undang kerana terletak di bawah bidangkuasa Parlimen. Senarai Kedua pula memperincikan kuasa negeri-negeri manakala Senarai Ketiga adalah kuasa bersama antara Persekutuan dan Negeri-Negeri.
Setelah mengkaji butiran didalam ketiga-tiga senarai tersebut saya dapati tiada tersurat di dalam mana-mana senarai tentang hal ehwal agama bukan Islam ini. Oleh yang demikian saya berpandangan tiada salahnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengujudkan potfolio tersebut jika semata-mata berteraskan kepada Jadual Kesembilan itu.
Namun persoalan yang lebih besar yang harus dijawab oleh Ketua Menteri sendiri adakah pengujudan potfolio tersebut bertujuan menyamakan taraf agama Islam dengan agama lain. Sekiranya jawapan kepada persoalan tersebut adalah ya, maka sudah tentu ianya bertentangan dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Mungkin ada baiknya saya kutip penghakiman Hakim Mohd Noor dalam kes Meor Atiqurrahman lwn Fatimah Sihi yang menerangkan tentang kedudukan agama Islam di Malaysia berbanding agama-agama lain. Hakim Mohd Noor memutuskan:
“Islam adalah ugama bagi persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara seperti Kristian, Buddha dan Hindu. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh dan terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini,..”
Penghakiman mahkamah tinggi ini tidak dibatalkan oleh mahkamah yang lebih tinggi walaupun keputusannya adalah berlainan.
Oleh hal yang demikian menyamaratakan agama Islam dengan agama bukan Islam yang lain adalah terkeluar dari skima perlembagaan itu sendiri dan tidak boleh dilakukan oleh mana-mana orang.
Seperkara lagi yang perlu diteliti ialah berkaitan dengan peruntukan Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan yang antaranya menyatakan adalah sah bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan dan menyelenggara atau membantu menubuhkan atau membantu menyelenggara institusi Islam dan dana awam boleh dikeluarkan bagi maksud tersebut. Langsung tidak dinyatakan dana awam boleh digunakan bagi tujuan menubuhkan atau menyelenggara agama bukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan Persoalan sekarang timbul tentang wang yang akan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri samada bagi tujuan pembayaran emolumen pekerja yang terbabit di bawah potfolio ini adalah berpelembagaan atau sebaliknya perlu dijawab terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun jika tujuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tersebut hanyalah bagi pentadbiran bagi menjamin orang bukan Islam dapat mengamalkan agama merka, tindakan tersebut tidaklah menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamal agamanya dan tertakluk kepada sub perkara 4 mengembangkannya. Sub Perkara 4 tersebut memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan (bagi Wilayah –Wilayah Persekutuan) boleh digubal bagi mengawal atau menghadkan penyebaran apa-apa doktrin agama bukan Islam di kalangan orang yang menganut agama Islam.
Malah Islam juga menjamin orang bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka. Hak minoriti bukan Islam sentiasa terjamin di dalam undang-undang Islam. Jika kita merujuk mana-mana kitab fiqh yang muktabar sudah pasti kedudukan ini diperjelaskan oleh ulama-ulama yang terdahulu.
Dalam hal yang demikian saya menyeru Lim Guan Eng agar menjelaskan dengan lebih terperinci tentang potfolio yang baru diujudkan itu agar tidak menimbulkan polemik lagi di kalangan masyarakat Islam. Ketua Menteri Pulau Pinang ini tidak boleh berdolak dalih di dalam menjuruskan apakah skop dan bidang tugas potfolio baru ini. Hal yang demikian bagi memastikan bahawa tindakan beliau tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang telah dihuraikan terdahulu.
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia perlulah diberi efek sepenuhnya oleh semua orang. Keluhuran perlembagaan ini haruslah dipertahankan kerana ia merupakan dokumen tolakansur antara masyarakat berbilang bangsa di tanah air.
Janganlah bermain dengan sensitiviti beragama semata-mata ingin meraih simpati dan undi dari golongan tertentu potfolio ini diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sebagai orang Islam kita amat tegas dengan pendirian mempertahankan agama Islam di Malaysia. Islam juga mengajar penganutnya agar menghormati hak masyarakat bukan Islam untuk mengamal agama mereka dengan aman dan harmoni. Orang Islam sendiri dilarang memaksa orang bukan Islam memeluk Islam.- Sumber
Pada zaman teknologi yang semakin mencabar ini, kita perlu melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu pengetahuan,jatidiri,kemahiran dan sebagainya demi meningkatkan taraf dan gaya hidup kita masing-masing di masa hadapan.
Saya belajar baca berita di youtube ini adalah untuk program Akses Pemikiran Islam (API) 2011 API. Satu program untuk pelajar tahun satu,sebagai memberi semangat video promo ini dibuat dan dibina serta tercipta.
Saya jadi pelakonnya tetapi keras macam kayu.
Bertemakan Transformasi Mahasiswa Membina Paradigma Berkualiti saya diberi scrip dalam 10 ayat untuk membaca tetapi menjadi seperti seorang pembaca berita. Saya agak kekok sebenarnya bila melihat dan berhadapan dengan lensa camera.
Tapi saya suka bila dapat microfon lagi untuk bercakap.
Saya juga masih belajar untuk berhadapan dengan camera sebelum berhadapan dengan masyarakat tetapi perlu banyak skill dan gaya yang perlu lagi dipelajari sebelum turun ke lapangan sebenar.
Banyak lagi skill yang saya perlu di asah dari sekarang untuk masa depan yang lebih mudah. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri juga.
Dalam usaha untuk mendapatkan segulung ijazah, kita juga perlu serta terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah untuk mengasah skill ini.
Masalah-masalah ini telah menuntut kita supaya melakukan perubahan ke atas diri kita di dalam usaha untuk mencapai matlamat dan impian untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Mempunyai skill bercakap di hadapan hanya untuk meraka yang mahu berusaha dan percaya pada diri sendiri.
Oleh itu, asah skill bercakap. Lain orang lain pendekatan, maka lain ‘mode’ bahasa yang perlu kita pakai. Mimik wajah harus senantiasa manis, usah masam kelat sangat jelik untuk dipandang orang. Semua ini perlu diasah dari sekarang untuk hasil yang terbaik.
Cara yang paling senang dan mudah untuk melihat diri anda bercakap ia berada di depan cermin dan lihat dan gayakanlah apa yang anda rasa perlu untuk belajar dan praktis.
Selamat mencuba dan beramal!
shakshaf : Setiap manusia ada bakat dan kelebihannya yang tersendiri. Saya yang mahir bercakap, menulis,membaca dan sebagainya. Jadi kesanlah kelebihan kita itu dari awal dan asahlah sebelum terlambat. Saya cakap untuk diri saya dan ingin kongsi bersama anda.