Rusuhan sudah berjangkit ke Yaman Selepas Mesir dan Tunisia
SANAA – Pertempuran sengit antara para penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang pemerintah di sini menyebabkan sekurang-sekurangnya 40 orang cedera semalam manakala tentera dikerahkan ke bandar pelabuhan Aden, selatan negara itu bagi mengawal ketenteraman.
Sekitar 2,000 orang penunjuk perasaan, kebanyakannya pelajar, meninggalkan Universiti Sanaa dan menuju ke Dataran Pembebasan di sini apabila mereka bertembung dengan penyokong-penyokong pemerintah sekali gus mencetuskan pertempuran yang masuk hari ketujuh semalam.
Kumpulan penunjuk perasaan yang setia kepada Presiden Ali Abdullah Saleh berhimpun dan menunggu berhampiran universiti itu sejak pagi semalam untuk menyerang kumpulan penunjuk perasaan antipemerintah dengan cota dan batu.
Para penunjuk perasaan yang melaungkan slogan seperti rakyat mahu menumbangkan pemerintah bertindak balas dengan membaling batu ke arah penyokong presiden.
Seorang wartawan di sini berkata, polis kemudian campur tangan dengan melepaskan tembakan amaran untuk memisahkan kedua-dua belah pihak tetapi berundur selepas pertempuran bertambah sengit.
Menurutnya, seramai 15 daripada mereka yang cedera merupakan penunjuk perasaan manakala bakinya penyokong pemerintah.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai tempatan berkata, pertempuran sengit antara penunjuk perasaan dan pihak polis di bandar Aden kelmarin menyebabkan tentera dihantar ke lokasi tersebut.
Menurutnya, dua terbunuh dalam pertempuran itu.
Kejadian di Yemen itu berlaku akibat kesan daripada tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di Tunisia dan Mesir.
Tunjuk perasaan itu juga berlaku akibat kemarahan rakyat yang berpunca daripada masalah kemiskinan dan pengangguran.
Presiden Yemen berjanji untuk tidak bertanding dalam pilihan raya semula pada 2013 atau cuba menjadikan seorang anak lelakinya sebagai pengganti.
Negara itu merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat dalam perjuangan untuk menentang kumpulan Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden.
Kawasan sempadan Yemen yang berjiran dengan Arab Saudi kerap dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan pengganas. – Agensi kosmoonline

hanya 10km/j memang sangat slow
Yang ditunggu tak kunjung tiba yang tak ditunggu datang menimpa-nimpa itulah perumpamaan yang mahu dikongsi bersama. Rasa macam salah bunyinya harapnya dapat memahamkan anda semua.
Lewat petang tadi hujan mulai turun renyai-renyai. Angin bertiup kencang sekali. Tetapi jarang didengari kilat sabung menyabung dan guruh berdentuman membelah angkasa disini.
Akhirnya hujan turun bersama debu-debu bertebangan menjadikan hujan lumpur mencurah menbasahi jalanraya. Mengotorkan baju-baju yang dipakai serta kenderaan yang bergerak.
Semua bertukar warna.!

jalan berlopak, berlubang, berair macam-macam ada
Jalan berair, serta lumpur-lumpur semakin banyak menutupi jalan hingga menyukarkan untuk berjalan. Saya lumpuh dengan lumpur seketika. Ini juga sebahagian ujian dana halangan pertama sebelum digantikan dengan salji.

saji di sofia dan menanti salji kedua di Mu’tah
Ketika ini Mu’tah masih dikelilingi oleh kawasan batu dan tanah gersang. Ketika ini juga pekannya hanya ada sati bulatan yang dikelilingi puluhan unit kedai runcit yang dibina daripada batu tak bercat.
Di disinilah hasil tanaman orang kampung dijual bersama-sama hujan lumpur yang turun. Semua kini nostalgia baru yang tidak boleh dikembalikan di tanah air nanti.
“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi”
Ada hikmahnya disebalik kejadian itu.

jalan baru baiki pastu hujan campur tanah memang lumpur sejati
Dan yang ditunggu-tunggu salji akan datang mengantikan lumpur ini. Bila itu tidak pasti lagi menanti dan terus menanti.
Semua ini tidak menjadi penghalang untuk terus berada disini.
Apa yang diinginkan sekarang, hanyalah keamanan dari sebarang rusuhan dan sebagainya yang berlaku di Mesir yang bakal berlangsung mungkin esok atau tiada lansung. Rintik-rintik hujan turun lagi membasah tanah Mu’tah.

angin kuat menakutkan manusia untuk keluar termasuk saya
Di sini kebahagiaannya hilang dibawa angin bersama debu bertebangan.

” Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara.”

Shakshaf : Tiba-tiba rasa pulak nak mandi hujan. Tapi bukan hujan disini, buleh mati kesejukan bersama lumpur-lumpur dan salji nanti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...