• Biasa kita dengar “ Aku tertinggal bas la!.”
  • Selalu kita dengar “Aku tertiggal keretapi la!.”
  • Jarang kita dengar “Aku tertinggal kapal terbang!.”
Semua dengan nada yang ada tinggi jika situasi ini terjadi.
Situasi diatas mungkin anda  semua pernah laluinya dalam hidup. Tapi agak-agak situasi yang terakhir diatas ada tak yang pernah kena dan rasainya.
“Adakah anda akan kejar kapal terbang tersebut seperti dalam adegan filem, seorang lelaki mengejar bas disebabkan kelewatan?!”.
Ini kisahnya yang saya nak kongsikan.
Seorang lelaki memasuki ruang legar airport Queen Alia dengan tergesa-gesa dan terus ke kaunter cek-in untuk urusan bagasi untuk dimasukkan dalam kargo. Seorang yang bertubuh tinggi dan tegap. Wajahnya masih segar dan kelihatan muda. Usianya sekitar dua puluh tahun dan seorang graduan timur tengah untuk pulang ke tanah air.
Lelaki itu berkata. “Assalamualaikum puan! Saya ingin membuat urusan bagasi.”
Puan itu lalu bertanya kepada lelaki ini, “Apa yang kamu mahu, sekarang waktu cek-in dan tutup.” Sambil menunjukkan papan skrin “panggilan terakhir untuk penerbangan”(selepas diterjemah)
Lelaki itu menjawab. “Aku akui. Aku memang lambat tetapi bagilah aku peluang.” Rayu lelaki ini kepada supervisor yang bertugas.
Maaf, kami tidak dapat membantu kamu, supervisor itu menjawab dan terus berlalu”
Lelaki tersebut melihat jam 5.42 petang dan terpapar di skrin “penerbangan ke Kualalumpur sudah berlepas. Yaallah. Terduduk sebentar lelaki tersebut.
Lalu, lelaki tersebut masuk kembali ke kaunter untuk membuat urusan tiket baru. Tidak lama kemudian, lelaki itu keluar membawa tiket baru dengan sedikit bayaran tambahan.
“Alhamdulillah, Maha suci Allah! semuanya dimudahkan Allah.” Lelaki itu memuhasabah dirinya seketika.
“Bilakah tarikh baru?” tanya seorang kawannya.
“Esok, Insyaalah. Segalanya dengan izin Alah.” Lelaki itu menjawab.
“Alhamdulillah,
Moga ‘pisang tidak berbuah dua kali’ dan perkara ini tidak terjadi lagi buat semua kawan-kawan. Biar kita yang menunggu jangan kita yang ditunggu. Mungkin buruk sedikit padahnya.
Sayangilah wang anda dan masa anda! Anda mampu mengubahnya….
Shakshaf : Kisah ini diaplikasi dari cerita sebenar. Sebagai pedoman dan muhasabah agar kita tidak tertipu dengan masa. “Biar kita kejar masa jangan biarkan masa mengejar kita.”
Waallahu’alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...