Titisan demi Titisan air mataku
February 5th, 2011 | Posted by in Kembara JordanTitisan demi Titisan air mataku menitis lagi
Cukuplah Ya allah dengan masalah ini. Ini mungkin cara yang paling lembut dan halus Allah menguji kita dengan krisis yang menimpa di Mesir, masing-masing menuding jari dan tidak lihat dari sudut pandang yang lebih positif.
Benar. Allah tidak akan membebankan seseorang itu selari dengan iman dan amalnya. Cuma kenapa kita mudah dan cepat melatah, kenapa tidak ditelan rasa pahit ini dan hayati kepahitan itu.
Untuk masa yang singkat ini, kita akan lihat kematian dan penindasan akan berlaku diseluruh pelusuk benua afrika itu. Tanpa kita tahu bila akan berakhir krisis yang sangat meruncing sekarang ini.
Namun jika dilihat kepada masa hadapan, saya percaya bahawa apa yang berlaku ini adalah satu tindakan yang perlu disegerakan oleh semua pihak sebelum lebih parah jika campur tangan pihak lain dalam mempolitikkan isu-isu lain.
Ini adalah satu stategi yang sangat teliti dan halus. Fikirkanlah
“Penantian kita tidak lama, Insyallah. Dalam masa yang terdekat ini Islam akan terus menyinar di bumi kinanah dan kebenaran akan berpihak kepada yang benar”.
Semoga kemenangan Islam disegerakan Allah.
Saat ini kita doakan semoga segala kembali seperti sediakala dan kembali dalam kehidupan subur-subur ilmu untuk mereka kembali menadah kitab khususnya sahabat-sahabat dan semua rakyat Malaysia di Mesir.
Dan berita yang saya dapat dari sahabat saya yang terperangkap di Mesir mengatakan mereka selama 4 hari di Mesir kerugian bernilai RM7000 dan ada kapal terbang cancelled dan x leh nak claim balik duit dan terpaksa pulang ke Malaysia dengan tiket bernilai RM5000.
Dan juga mereka terpaksa menahan lapar dan tiada wang akibat mesin ATM disekat, suatu cabaran dan ujian yang sangat mencabar dan menguji iman.
Allah permudahkan urusan mereka…
Titisan air mata dan renungan aku terpaku ke lantai, akhirnya pelahan-lahan air mata menitis jatuh ke bumi titisan demi titisan.
Mereka sudah diuji dengan Allah, giliran kita akan menjelma juga.
Shakshaf : Maafkan saya jika tulisan saya agak merapu dan kosong ini.
Related posts
- Malam Pertama yang menghayat hati
- Majlis Konvokesyen saya Universiti of Jordan
- Kidal bukan sebarangan Kidal!
- Sukan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan
- Dari Jordan Oleh Jordanian
- Cinta dan TakdirNya aku dioversea
- Memo Rasmi MPPMJ : Qoror Percutian Dalam dan Luar Negara Jordan
- Mulut lebih BISA dari sengat lebah
- Siri Kembara Jordan
- Trip in Jordan ~FULLHD
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





subhanallah yang mampu saya komen.
sedih tgk kawan2 kat sana.. kita kat cini hanya mampu doa je la
tapi mereka sudah merasa manisnya berlapar dalam berjuang.kita biasa menahan lapar sbb puasa jer.
terkesan~ kita menangis depan laptop..depa ‘menangis’ depan kete kebal……
tu yg lagi terkesan~ kita basah laptop je. dorg basahkan dababah terus