SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.
KAHERAH – Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.
Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.
Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.
Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.
Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.
Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.
Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.
Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabarpada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.
Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).
Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).
Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.
“Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya,” kata profesor berkenaan.
Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.
Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. – Agensi Kosmoonline

Titisan demi Titisan air mataku menitis lagi

Cukuplah Ya allah dengan masalah ini. Ini mungkin cara yang paling lembut dan halus Allah menguji kita dengan krisis yang menimpa di Mesir, masing-masing menuding jari dan tidak lihat dari sudut pandang yang lebih positif.

Benar. Allah tidak akan membebankan seseorang itu selari dengan iman dan amalnya. Cuma kenapa kita mudah dan cepat melatah, kenapa tidak ditelan rasa pahit ini dan hayati kepahitan itu.

Untuk masa yang singkat ini, kita akan lihat kematian dan penindasan akan berlaku diseluruh pelusuk benua afrika itu. Tanpa kita tahu bila akan berakhir krisis yang sangat meruncing sekarang ini.

Namun jika dilihat kepada masa hadapan, saya percaya bahawa apa yang berlaku ini adalah satu tindakan yang perlu disegerakan oleh semua pihak sebelum lebih parah jika campur tangan pihak lain dalam mempolitikkan isu-isu lain.

Ini adalah satu stategi yang sangat teliti dan halus. Fikirkanlah

“Penantian kita tidak lama, Insyallah. Dalam masa yang terdekat ini Islam akan terus menyinar  di bumi kinanah dan kebenaran akan berpihak kepada yang benar”.

Semoga kemenangan Islam disegerakan Allah.

Saat ini kita doakan semoga segala kembali seperti sediakala dan kembali dalam kehidupan subur-subur ilmu untuk mereka kembali menadah kitab khususnya sahabat-sahabat dan semua rakyat Malaysia di Mesir.

Dan berita yang saya dapat dari sahabat saya yang terperangkap di Mesir mengatakan mereka  selama 4 hari di Mesir kerugian bernilai RM7000 dan ada kapal terbang cancelled dan x leh nak claim balik duit dan terpaksa pulang ke Malaysia dengan tiket bernilai RM5000.

Dan juga mereka terpaksa menahan lapar dan tiada wang akibat mesin ATM disekat, suatu  cabaran dan ujian yang sangat mencabar dan menguji iman.

Allah permudahkan urusan mereka…

Titisan air mata dan renungan aku terpaku ke lantai, akhirnya pelahan-lahan air mata menitis jatuh ke bumi titisan demi titisan.

Mereka sudah diuji dengan Allah, giliran kita akan menjelma juga.

Shakshaf : Maafkan saya jika tulisan saya agak merapu dan kosong ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...