Muhasabah itu Munasabah

February 3rd, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan
muhasabah kembali apa yang berlaku di Mesir (gambar reuters)
Hari qiamat sudah semakin hampir, tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar.

Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6….tidak lebih daripada itu.
Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku??
Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat….
Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya.

Bacalah hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya…
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
  • Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  • Zakat dijadikan hutang
  • Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
  • Anak derhaka terhadap ibunya
  • Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
  • Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  • Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  • Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
  • Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  • Arak sudah diminum secara berleluasa.
  • Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  • Para artis-artis disanjung-sanjung.
  • Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
  • Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
shakshaf : Muhasabah seketika…….

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

8 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge