ASSALAMUALAIKUM  W.B.T
Kepada: semua ahli MPPMJ
Daripada: Edcation Malaysia Jordan (EMJ) dan MPPMJ

Dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berikut adalah baki 89 orang pelajar Jordan yang telah dikenal pasti masih lagi terkandas di Mesir.
3. Menurut Education Malaysia Mesir melalui Educatian Malaysia Jordan (EMJ) melaporkan, mereka yang terkandas berada dalam keadaan yang selamat.
4. Bermula hari ini 4hb Februari proses evakuasi (perpindahan) pelajar akan bermula dan mereka semua akan dihantar ke Jeddah sebagai destinasi transit sebelum dihantar pulang ke tanah air. Manakala pelajar Jordan akan di hantar pulang ke Jordan mengikut giliran yang telah ditetapkan.
5. Oleh yang demikian, mana-mana pelajar yang tersenarai namanya di bawah yang telah selamat pulang ke Jordan diminta melaporkan kepulangan mereka kepada pihak EMJ atau Persatuan Zon di matiqah masing-masing untuk proses pengesahan.
6. Pelajar Mesir yang kini berada di Jordan juga diwajibkan melaporkan diri mereka kepada pihak Persatuan atau EMJ untuk mengenalpasti maklumat mereka.
Akhir kata, MPPMJ berharap ahli-ahli masih terus bersabar dengan apa yg berlaku di Mesir ketika ini & tidak menyebarkan apa-apa khabar angin tentang situasi di Jordan. Usaha, tawakal & doa adalah jalan yg terbaik . MPPMJ mengharapkan semua ahli terus berdoa kepada ALLAH agar semua urusan perpindahan pelajar Mesir berjalan dengan baik dan mereka semua dalam keadaan yang selamat.
Sekian. Sumber MPPMJ
SENARAI NAMA PELAJAR MALAYSIA DARI JORDAN YANG MASIH BERADA DI MESIR.. Disini

Muhasabah itu Munasabah

February 3rd, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan - (8 Comments)
muhasabah kembali apa yang berlaku di Mesir (gambar reuters)
Hari qiamat sudah semakin hampir, tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar.

Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6….tidak lebih daripada itu.
Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku??
Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat….
Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya.

Bacalah hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya…
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
  • Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  • Zakat dijadikan hutang
  • Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
  • Anak derhaka terhadap ibunya
  • Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
  • Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  • Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  • Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
  • Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  • Arak sudah diminum secara berleluasa.
  • Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  • Para artis-artis disanjung-sanjung.
  • Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
  • Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
shakshaf : Muhasabah seketika…….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...