AMMAN Jordan, 1 Feb (Reuters) – Raja Abdullah daripada Jordan, sekutu U.S. paling rapat, telah menggantikan Perdana Menterinya pada hari Selasa lalu selepas bantahan ke atas harga makanan dan keadaan hidup rakyat yang miskin, dengan menamakan seseorang yang mempunyai latar belakang tentera untuk mengetuai kerajaan.
Seorang pegawai Jordan berkata raja menerima secara rasmi perletakan jawatan Samir Rifai, seorang ahli politik yang kaya dan juga bekas penasihat mahkamah, serta meminta Marouf Bakhit untuk membentuk satu kabinet baru.
Penunjuk perasaan yang diinspirasikan oleh bantahan secara besar-besaran di Tunisia dan Mesir telah menuntut pemecatan Rifai.
“(Bakhit) merupakan seorang bekas jeneral dan seorang duta besar ke Israel semasa Perdana Menteri sebelum ini. Dia dilihat seseorang yang mempunyai sepasang tangan yang selamat,” menurut Rosemary Hollis, profesor kajian dasar Timur Tengah di City University London.
“Saya tidak melihatnya sebagai satu tanda liberalisasi. Perdana Menteri sebelum ini ada menyentuh mengenai reformasi tetapi sebenarnya hanya sedikit yang dilakukan,” katanya.
Dikecam oleh rakyat yang berang ke atas harga makanan yang tinggi, Rifai mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan awam dan tentera dua minggu lalu dalam satu percubaan untuk mengembalikan ketenangan.
Bantahan telah merebak merentasi negara Jordan dalam beberapa minggu lalu, dengan penunjuk perasaan menyalahkan rasuah yang disebabkan oleh pembaharuan-pembaharuan dalam pasaran bebas untuk negara miskin.
Sumber : Reuters
Di kota Kaherah , hampir setahun bumi kinanah itu dalam kenangan semasa trip ke sana selama 17 hari mencari ibrah menyelusuri sirah disana.
Semua kenangan itu sudah sedikit sebanyak telah hilang sedikit demi sedikit dan tetapi bila tiba di Jordan selepas 13 hari trip ke Turkey, Semua ini berubah sama sekali.
Madinah kaherah dan madinah yang lain yang sibuk dengan pengangkutan awam kini telah bertukar menjadi  medan pertempuran rakyat Mesir dalam misi untuk mencari kebenaran menukar pemerintahan.
“Rakyat Mesir menyatakan satu suara, mereka mahu Presiden Mesir berundur,”
Keadaan di Mesir kucar-kacir berikutan suasana politik yang tidak menentu di negara itu akibat demonstrasi jalanan mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Sistem pemerintahan Mesir dibawah rejim Hosni Mubarak tiada bezanya dengan kerajaan Tunisia sebelum ini. Mereka melakukan penindasan terhadap rakyat, penipuan dalam pilihanraya, rakyat mesir terus tertekan dengan kehidupan di sana.
Dulu negara Islam yang aman dan damai ini  sekarang sudah berubah sama sekali, Negara ini memjadi perbualan diseluruh dunia di media masa dan elektronik dan dimana sahaja isu ini dibincangkan dibibirmulut masyarakat dunia.
Di Jordan, negara jiran tidak terlepas dan tempias ini, dan tidak mustahil akan merebak kesini, Nauzubillah. Tetapi yakin dan pasti rakyat disini sangat menyayangi Raja mereka dan kita doakan ada pertolongan dari pihak mereka ke Mesir. Insyllah
Di Malaysia pulak, ramai ibu bapa yang tidak senang duduk memikirkan anak mereka yang belajar disana, dan dianggarkan seramai 11,000 rakyat dan pelajar Malaysia menetap dan belajar disana.
Semua dalam keadaan risau dan mencemaskan..
ATM tidak dapat berfungsi~Facebook dan Twitter diBLOCK~Egypt Air banyak membatalkan penerbangannya~ Jika terjadi dalam masa panjang maka, amat membahaya sekali tiada komunikasi lagi dan tidak diketahui status mereka. Maklumat Terkini
Itulah realiti dunia politik sekarang apa-apa pun kita doakan moga yang terbaik dan keadaan kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin
Jangan cepat melatah mungkin propaganda-propaganda dan campurtangan pihak ketiga dan keempat. Semua ini adalah ramalam sahaja mungkin betul atau salah.
Shakshaf : Tunisia dulu, Mesir kini, Negara mana plak lepas ini ?……

Assalamualaikum wbth. Semoga kita semua berada dalam Rahmat ALLAH taala senantiasa.
Merujuk perkara di atas, saya mewakili Barisan Kempimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sesi ini merasa terpanggil untuk bersama-sama membantu dan mengerahkan tenaga terhadap apa yang berlaku di Mesir ketika ini.
Sesungguhnya apa yang berlaku di Mesir adalah suatu yang di luar jangkaan. Atas prinsip persatuan yang melaksanakan prinsip kebajikan, MPPMJ kini berusaha sedaya upaya untuk melibatkan diri dalam isu ini, dengan harapan ia dapat menghilangkan sedikit beban dan kesusahan yang dialami oleh mahasiswa/wi di Mesir seperti kita.
Ahli MPPMJ yang budiman,
DOA DAN TAKZIAH
Terutamanya, kami mengiringi ucapan takziah kepada seluruh mahasiswa/wi Mesir dengan situasi genting yang berlaku di sana. Kami di sini turut merasa bimbang & khuatir dengan keadaan di Mesir ketika ini. Walaubagaimanapun, kami dan mahasiswa di sini terus berusaha untuk membantu dengan kudrat yang termampu.
MPPMJ telahpun meminta kerjasama daripada seluruh Persatuan Zon (PZ) untuk mengadakan solat hajat perdana agar semua warga Negara Malaysia di Mesir berada dalam jagaan ALLAH taala dan dikurniakan dengan keselamatan serta kesejahteraan berpanjangan.
Di samping itu, ahli juga diharapkan tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan bersama.
TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN
Sebagai langkah inisiatif kepada pelajar Mesir yang bakal dipindahkan ke Jordan, MPPMJ dengan kerjasama seluruh Persatuan Zon (PZ) telahpun melancarkan tabung bantuan untuk kebajikan mereka sepanjang keberadaan mereka di sini dan kami mensasarkan sebanyak JD2000 sepanjang kutipan nanti. Kami amat optimis, anda mampu menyumbangkan lebih daripada jumlah itu.
Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada wakil-wakil MPPMJ yang berada di mantiqah masing-masing. Sumbangan berbentuk peribadi amatlah digalakkan.
Ayuh! Nyatakan cakna dan sikap kebersamaan anda melalui sumbangan ini.
INISIATIF
Ketika ini, MPPMJ dengan kerjasama pihak Education Malaysia Jordan (EMJ) terus menjalankan usaha mengenalpasti pelajar Malaysia Jordan yang masih terkandas di Mesir. Seterusnya juga, usaha demi usaha dijalankan untuk kebajikan pelajar Malaysia di Mesir agar keselamatan mereka terus terjamin.
Justeru, antara langkah lain demi menjaga kemaslahatan mahasiswa/wi Mesir yang bakal dipindahkan ke Jordan, MPPMJ dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) bakal menubuhkan satu Secretariat (pasukan bantuan) Kebajikan Pelajar Mesir di Jordan  bagi menguruskan kemasukkan (perpindahan) mereka ke sini.
Ia juga bertujuan menjaga semua kebajikan mereka sepanjang berada di sini di samping sebagai tempat pemusatan maklumat dan pusat rujukan pelajar.
BERSEDIA DEMI NILAI UKHWAH
MPPMJ dengan kerjasama EMJ dan semua Persatuan Zon PERMAI, PRISMA, PPMA dan PERMATA serta seluruh mahasiswa Jordan telah bersdia untuk menerima kedatangan Mahasiswa/wi dari Mesir ke Jordan. Kami juga amat berbesar hati dengan perpindahan ini.
Kami juga bersedia menyediakan penempatan dan sebarang perkhidmatan untuk menampung dan menjaga kebajikan  mahasiswa yang bakal datang nanti.
Semoga usaha sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Mahasiswa Mesir dan Jordan untuk hari ini dan pada masa akan datang.
Akhir kata,
Saya menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi di Jordan untuk terus berdoa dan bersedia untuk menghulurkan bantuan serta kerjasama kepada pihak MPPMJ dan EMJ. Semoga ALLAH merahmati kita dan menilai usaha ini sebagai satu ibadah yang maqbul. Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...