Akademi Al-Quran kembali lagi untuk musim yang kelima atas sambutan yang menggalakkan dari para penonton dan penyertaan yang cukup memuaskan. Pada musim ini sekali lagi, kita akan dapat menyaksikan 10 peserta dari serata negeri yang telah berjaya dipilih untuk menyertai program ilmiah ini.
Akademi Al-Quran merupakan signature program bagi TV9 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sehingga mencecah 1.5 juta penonton telah membuatkan program ini muncul lagi dengan musim kelima. Pada musim terbaru ini, AQ5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Kelebihan kedua-dua hos ini ialah mereka amat fasih berbahasa Arab. Akademi Al-Quran 5 akan menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam yang sudah pun bermula sejak 8 Januari 2011 yang lalu dan diterajui oleh penerbit Shukri Ibrahim dan penerbit eksekutif Nuraeshah Malik.
Tujuan diwujudkan rancangan ini adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al-Quran.
Berikut adalah 10 peserta Akademi Al-Quran musim ke-5:
1. MUHAMMAD ARIFF RAZALI, 15, PERAK
2. MOHD ZAKIUDDIN HJ HANAFI, 16, JOHOR
3. MUHAMMAD SHAMIL SHAIKHUDDIN, 17, KELANTAN
4. MOHAMMAD NAJMI BIN YASAK, 19, KEDAH
5. MOHAMAD HUSAINI MAHMUR, 19, NEGERI SEMBILAN
6. MUHAMAD AZLAN SYAH ZAKARIA, 20, PERAK
7. KHAIRUL AMIN HJ KASSIM, 21, KEDAH
8. MUHAMAD NASIR MOHAMAD SALLEH, 21, SELANGOR
9. SUHAILAH ZULKIFLY, 22, MELAKA
10. MOHD SYAHRIANSYAH APIN, 25, SABAH
AQ5 yang menjadi signature program bagi TV9 ini juga memberi peluang kepada 10 pesertanya untuk menjalani aktiviti mingguan menarik yang mungkin tidak pernah mereka lakukan sebelum ini seperti bertemu secara peribadi tokoh agama yang dihormati YBhg Tan Sri Hassan Azahari, melawat Les Copaque iaitu syarikat yang bertanggungjawab “melahirkan” kartun animasi terkenal Malaysia iaitu Upin & Ipin dan banyak lagi.
AQ5 yang mempunyai 12 episod ini turut menampilkan tiga juri berpengalaman dan pakar di dalam bidang tertentu seperti Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat) dan Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) yang sememangnya telah menjadi juri tetap program ini dari musim pertama. Sementara Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar pula merupakan juri baru yang akan memantau tajwid dan fasohah para peserta kelak.
Menariknya musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat iaitu pada jam 7.57 pagi dan ulangannya pada 10.57 malam. Penonton akan bersama-sama peserta menimba satu pengalaman baru di mana menerusi segmen ini, ia mengupas tentang perkara seharian yang kita lakukan selama ini yang secara tidak langsung memberi kesan di dalam kehidupan harian kita. Contohnya berkaitan pemakanan, pembacaan dan pentafsiran Al-Quran.
Sementara itu, Di Sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini dan akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat pada jam 6.30 petang. Menarik tentang Di Sebalik AQ5 ini, penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas.
Teruskan menonton Akademi Al-Quran Musim Kelima menerusi stesen TV9, saluran Di Hatiku.
akademi alquran

aku terkena lagi bulan ini
Saya ditipu dengan cara paling sopan.
Tit.tit.tit.. Henset saya berbunyi..
Saya mendapat satu jemputan pertunangan melalui pesanan ringkas kalau orang kolumpu panggil sms kalau tak silap saya.
Setelah menghadami serta membaca alamat,hari serta tarikh saya pun menutup msg tersebut dan terus tidur selepas menunaikan solat zohor.
Setelah bangun dari tidur, saya kembali teringat msg yang saya baca sebelum tidur tadi. Dan hati saya berkata “Tunang juga kawan aku ni akhirnya” bisik hati ini.
Tetapi saya pun terfikir adakah jemputan pertunangan ini melalui msg semata-mata, tiada panggilan telefon yang akan membuatkan kita yakin dengan jemputan tersebut.
Saya semakin tidak berpuas hati.
Saya selidik dan bertanya melalui kawan-kawan saya di Malaysia yang rapat dengan saya. Dan saya menyoalkan tentang jemputan tersebut.
Masing-masing terkejut dan pelik. Semua kawan-kawan saya yang rapat dengan beliau tidak mengetahui langsung hal jemputan tersebut. Saya semakin runsing.
Adakah ini satu permainan atau penipuan untuk saya?
“mungkin mahu buat kejutan kot.” bisik hati saya.
Tiba-tiba hati saya terdetik dan tergerak untuk kembali membaca msg yang diberikan. Mungkin saya salah orang atau sebagainya. Untuk mengetahuinya saya kembali mencari msg dalam inbox saya.
Dengan hari yang geram dan sakit hari saya menjerit..
Memang saya kena main dengan kawan saya ini.
Nama dan alamat yang diberikan memang betul tetapi yang salahnya saya tidak perasan bahawa tarikh yang diberikan itu tidak wujud dalam kalendar tahun 2011.
Hari Rabu bersamaan 30 Februari 2011.
Memang tarikh yang diberikan tidak betul kerana bulan Februari hanya sampai 28 Februari 2011 sahaja. Rasa macam nak cekik ja orang yang bagi msg tersebut.
Apa perasan anda bila terkena macam ni. Wa…. Saya sangat malu sangat. Sebab tak baca betuk-betul msg yang mungkin difoward oleh kawan-kawan lain.
Saya ketawa sendirian bila terkena begini di akhir bulan Februari ini. Ini kali kedua saya terkena macam ni di bulan Februari ini.
Aku terkena… Wakenabebb..
Shakshaf : saya rasa ada juga sahabat blogger yang lain terkena begini macam saya… Wakenabeb..
wakenabeb Februari
Buntu dalam membuat pilihan istiqarahlah
Aku pernah memikirkan, bahwa setiap manusia pasti inginkan KEKASIH & TEMAN SEJATI… Kekasih yang akan terus bersamanya, sehidup semati, dalam suka maupun duka. Kebersamaan yang tak terpisahkan… Namun sekarang aku memilih AMAL SOLEH sebagai kekasihku. Kerana ternyata hanya amal soleh yang terus ingin menemaniku, sekalipun aku masuk ke dalam kuburku….
Aku pernah sangat KAGUM pada manusia cerdas, manusia yang kaya raya, manusia yang berjaya dalam karier hidup dan hebat dlm hidupnya. Sekarang aku memilih mengganti kriteria kekagumanku, aku kagum dengan manusia yang hebat di mata Allah… Manusia yang sanggup taat dan bertaqwa kepada Allah, sekalipun kadangkala penampilannya begitu bersahaja……
Dulu aku memilih MARAH kerana merasa harga diriku dijatuhkan, ketika orang lain berlaku zalim kepadaku atau menghinaku, menyakitiku dengan kalimat-kalimat sindiran. Sekarang aku memilih BERSYUKUR dan berterima kasih, kerana ku yakin ada transfer pahala dari mereka.. ketika aku mampu memaafkan dan bersabar….
Dulu aku memilih, MENGEJAR dunia dan berusaha bersungguh2.. ternyata aku sedari keperluanku hanya makan dan minum untuk hari ini dan bagaimana cara membuangnya dari perutku. Sekarang aku memilih BERSYUKUR dgn apa yg ada… dan memilih bagaimana aku bole mengisi waktuku hari ini, dengan penuh makna… dan bermanfaat untuk semua.
Aku dulu berfikir bahwa aku boleh MEMBAHAGIAKAN orangtuaku, saudara dan teman-temanku nanti kalau aku berjaya dengan duniaku… ternyata yang membuat mereka bahagia bukan itu.. melainkan kerana sikap, tingkah dan sapaku…. Aku memilih membuat mereka bahagia sekarang dengan apa yang ada padaku…
Dulu aku memilih untuk membuat RANCANGAN-RANCANGAN dahsyat untuk duniaku, ternyata aku menjumpai teman dan saudara-saudaraku begitu cepat menghadap kepadaNya. Tak ada yang boleh menjamin bahawa esok aku bertemu matahari. Tak ada yang boleh memberikan jaminan bahawa aku boleh menghirup nafas keesokan hari. Sekarang aku memilih memasukan dalam rancangan-rancangan besarku, yang paling utama adalah agar aku selalu SIAP menghadap kepadaNya…
Ya Allah berilah petunjuk ketika aku MEMILIH… Ya Allah rahmatilah dan luruskanlah selalu langkah-langkahku…..
pilihan untuk memilih