Baju bundle membawa maut

January 17th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan
suasana pasar bundle di abdali setiap pagi jumaat
oleh : shaker (selepas diterjemah)
Seorang peniaga atau jurujual di pasar pagi di Abdali pada Jumaat yang lepas telah berkata kepada kami ketika membuat urusan jual beli sehelai baju terpakai (mustakmal) bundle  “ Ada orang yang membeli baju ni dengan cara yang sah dan ada yang membeli baju ini dengan cara yang tidak sah.”
Aku dan beberapa arab yang lain yang berada berdekatan dengan premis jurujual itu terperanjat dengan kata-katanya yang mungkin tidak masuk akal itu. Kami ternyata kehairanan.
“Bagaimana hal itu boleh terjadi?” tanya seorang lelaki arab.
Lalu jurujual itu menceritakan satu kisah menarik.
“Ada dua orang lelaki ini sedang mencari pakaian terpakai disalah satu pekan terkenal (balad) disini. Pada suatu hari, mereka telah memasuki satu kawasan yang mempunyai deretan kedai menjual pakaian terpakai ini. Kawasan ini memiliki pakaian-pakaian yang sangat berkualiti dari segi jenamanya. Ramai orang yang datang tidak mampu membeli pakaian tersebut kerana pakaian tersebut menyamai harganya dengan pakaian yang baru. Dan ada sedikit kawasan sekitar yang menjual pakaian ini dengan harga yang perpatutan dangan harga pakaian terpakai.
Dua orang lelaki tersebut turut mengalami masalah dengan keadaan yang kedai yang mahal dan kedai yang murah tetapi setiap kedai tersebut ada kelebihannya sendiri.
Lelaki pertama sangat jujur dalam urusan jual. Oleh kerana kejujurannya  yang dimiliki, akhirnya dia nekat untuk membuat urusan jula beli di kedai yang  murah. Dia tahu bahawa urusan jula beli dengan jujur dan amanah sesuai dengan syariat dan agama tanpa memilih pakai yang mahal dan mengambil sikap bersederhana dalam kehidupannya.
Lelaki kedua pula tidak menpunyai sifat jujur. Dia hanya mahukan pakaian yang berjenama sahaja dan sanggup mencuri dan menipu dalam urusan jual beli untuk mendapatkan pakaiaan yang mahal tetapi dengan harga yang murah dan menipu.
Akhirnya, dengan sikap jujur dan amanah dalam urusan jual beli beliau ditawarkan kerja dengan syarikat tersebut yang mempunyai beberapa buah kedai menjual pakaian terpakai yang berjenama dan mahal. Lelaki tersebut bersyukur kerana dengan sifat yang jujur dan amanah beliau mendapat ganjaran yang setimpalnya.
Adapun lelaki yang satu lagi, Akhirnya keluar dari kedai tersebut dan meneruskan perjalanan dengan perasaan yang takut kerana menipu dan mencuri ketika membuat urusan jual beli. Namun begitu, malang menimpanya. Ketika berjalan melintasi jalan lelaki tersebut dilanggar kereta dan keadaan lelaki tersebut agak parah dan mati ditempat kejadian .
Begitulah sedikit kisah ketika yang ingin dikongsikan bersama ketika membeli pakaian terpakai. Moga ada pengajaran yang boleh diambil iktibar. Jujur lah dalam setiap urusan kita. Insyallah Allah akan permudahhan urusan kita.
Shakshaf : Agak susah nak faham apa yang diceritakan pada awalnya kerana bahawa arab kampung yang digunakan. Tetapi alhamdulillah dapat faham.

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

5 Responses

  • Assalamu’alaikum wbt…

    Cerita-cerita teladan selalunya menginsafkan kita. Tapi, lazimnya jujur manusia ada ketikanya kendur kembali.

    Satu lagi bab tren makan dulu baru bayar. Bila akad jual beli selesai, kes merungut tidak puas hati masih ada walaupun yang membelinya sudah kekenyangan sebelum bayar.

    Itu belum lagi kes taruk lauk dalam pinggan yang sama. Lauk ditimbus-timbusnya dengan nasi putih supaya tidak jelas isi kandungan yang ambil.

    Jangan kata Pak Arab. Bila yang melakukan hal sebegini para guru, ibu bapa, tentu buruk laku bukan. Hehe kena hati-hati walau bab sepinggan makanan kerana ia akan menjadi darah daging kita~

  • achie says:

    waaa entry yg snggh menusuk di kalbu ni bro,memang cun laaa… heheeee
    thank coz kongsi bersama,ilmu yang baik harap di manfaatkan dgn sebaik2nya,… Slm dari malaysia bro^^

  • matjoe says:

    saya pernah jadi gila baju bundle. tp skng x lagi. dulu suka sgt baju yg design menarik. skng bila tgk org pakai baju bundle, terkenang zaman dulu. anyway nice story sharing,

    btw, sabtu lepas tarikh tutup contest untuk entry azam tahun 2010.terima kasih kerana sudi join. contest utk like gambar azam 2011 masih berterusan sehingga
    25th Jan 2011. saya ada sharekan cara utk ‘like’di blog saya: Cara Like Gambar Facebook
    Berikut adalah link untuk terus ke album azam 2011 di facebook page matjoe.com: Album Azam 2011



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge