[GAMBAR] Laut yang tidak tenggelam
January 13th, 2011 | Posted by in Kembara Jordan
Alhamdulillah diberi masa dan kesempatan untuk melihat sendiri tempat yang mempunyai sejarah yang tidak asing bagi kita seorang muslim iaitu Laut mati yang dihuni oleh kaum nabi Luth dan ditebalikkan disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri iaitu tentang hancurnya kaum homoseksual.
Nak tahu kisah Nabi Luth dan kaumnya dan kaitannya dengan laut mati nanti kalau ada kelapangan saya akan kongsikan bersama anda.
Laut mati ini terletak di tiga negara yang merentasi laut Mati iaitu Jordania, Palestina, dan Syiria. Kedalaman sekitar laut mati adalah 394.6 m (1269 ft) di bawah permukaan laut. Di kedalaman 40 m kadar garam Laut Mati mencapai 300 gram garam/kilogram air laut.
Dan Laut mati juga adalah satu tempat yang paling rendah dimuka bumi
Dan anda tidak perlu terkejut bila anda mandi manda disini tidak tengelam dan boleh membaca surat khabar disebabkan tahap masin yang terlampau tinggi.
Allah berfirman : Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yangdijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.” (QS Asy-Syu’araa [26]: 165-166)
Jom layan gambar yang saya kongsikan dibawah ini :
Dipintu masuk Laut mati dengan harga JD3.50 = Rm15 sekepala

Tempat BBQ disediakan dengan percuma sebab dah bayarkan

‘Percaya atau tidak bolos saja air itu’. hehe

Peace~ kan dah cakap, timbul tu.
shakshaf : Laut Mati juga boleh dipanggil Bahrul Mayyid atau Dead Sea. Kalau siapa yang berminat nak datang Jordan melihat sendiri, jangan malu dan jangan segan hubungi saya.
Related posts
- Kami boleh membantu - Anytime, Anyway, Anyone
- Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Jordan bagi Negeri Karaki 1432H/2011M
- Kenyataan Rasmi MPPMJ Berhubung Isu Penubuhan Organisasi Selain Persatuan-persatuan Yang Berdaftar Di Bawah JPMJ
- Trip in Jordan ~FULLHD
- Status halal minuman Barbican mengelirukan?
- Haza Min Fadhli Rabbi - Salji 2012
- VIDEO PROMO PERTAMA Kali ke5
- 4 jejaka melakar sejarah sendiri
- Cinta dan TakdirNya aku dioversea
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




best2!
teringin bang nak pergi laut tu
boleh tolong bawakan tak nanti?
Jom Baca Kisah Aksi Wheelie Terbaik Di Hadapan Lampu Isyarat Pintu Pagar Belakang Uitm Sebentar Tadi! Hahahahaha!
Insyllah.. nnti dtg cini lu.. pastu baru bncg mcm ne.. heee
Untungnya dapat berada di laut mati tempat bersejarah. Teringinnya!!
Kodet Froyo recently posted..Mengapa Wanita Lebih Cepat Tua Berbanding Lelaki
Alhamdulillah… datang la..
)