Jalinan ketika ‘dapur berasap’

January 7th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan
ketika memasak di hotel palmyra amman jordan
oleh : shakirshafiee
Nak marah tetapi aku takut merajuk. Nanti tak pasal-pasal kena marah. Argh.. Pedulikan..
“Woi sahril”. Serentak dengan itu periuk terjatuh kekaki sahril.
“Adoi.. woit, bagi la salam dulu masuk dapur.  Ni tak redah je.
Ko masak ape ni. Masin. Ayam tak masak. Kuah tak de. Sambil tangan merasa masakan sahril. Erghh.. Yeke. Mamat menegur ahli rumahnya.
“Sori la.. Hehe. Aku first time masak ni. Relak la Mamat. Aku tengah berusaha memasak sesedap  macam ko masak. Tapi aku tak reti. Nak belajar malu. Kang orang cakap poyos la, macam-macam nanti. Ko tolong la aku memasak dengan letih betul dan sedap?”
“Hurm. Aku pun macam ko gak. Tapi sekarang dah ok.”
“Tapi aku memang tak reti masak. Dulu masak kat Malaysia, mak aku yang masak dan aku makan je. Bila tak ada makanan aku start moto g kedai mamak. Adakah aku ditakdirkan tak reti memasak?” sahril bertanya disulami senyuman nakal.
Cewah. Poyos la plak.
Sekarang pkul berapa ek?. Sahril berpura-pura bertanya. Bukan die takde jam pun nak tengok.
“Dah masuk isyak ni. 6 malam. Nape? Mamat bertanya kembali.
Sahril membiarkan pertanyaan Mamat itu. Dia bersiap-siap untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Shuhada.
Anda pernah mengalami situasi ini. Jom kongsikan bersama saya.
………..
Penyediaan makanan untuk ahli rumah adalah satu tugas yang perlu digalas oleh seseorang yang mempunyai ahli rumah yang minat dengan masakan ‘dapur berasap’. Dengan kata lain tidak suka dengan masakan luar. Ini mungin disebabkan kos yang mahal dan tidak selera dengan lidah melayu untuk menelan makanan arab diluar.
Ada yang mengatakan tugas memasak ini 100% sepenuhnya keatas bahu wanita. Namun kita tidak perasan bahawa tugas sebagai ahli rumah yang mampu menyediakan masakan adalah satu cara mengikat ‘tali’ persahabatan dalam kita tidak sedar.
“saya rasa memasak adalah satu cara yang mudah untuk merapatkan jalinan”.
Ini situasi bagi kami pelajar yang menetap di Mu’tah Jordan. Kerana budaya memasak ini adalah satu perkara yang sangat ‘biasa’ jika lelaki memasak dirumah dan untuk majlis-majlis besar dan sebagainya. Hasilnya memang cukup menaikkan rasa nak ‘tambah’ nasi untuk kali ke3. Itulah realitinya kami disini.
Saya pertama kali menjejak kaki di sini dan disinilah saya belajar sepenuhnya cara memasak yang sebenarnya walaupun bahan-bahan yang tidak mencukupi tetapi kami mampu memasak sesedap nasi kandar PELITA.
Sekali pandang ada pelbagai cara dan beberapa langkah menarik dalam menyediakan makanan untuk ahli rumah (bujang). Menurut kawan-kawan, perkara yang penting dalam menghidangkan makanan adalah makanan yang sedap di lidah kawan-kawan, berkhasiat dab berpatutan kos belanjanya.
Ketiga-tiga ciri itu kelihatan seperti bercanggah antara satu sama lain. Makanan yang sedap dan berkhasiat lazimnya memerlukan belanja yang besar.
Itu salah sama sekali.
Petua orang tua-tua bercerita kesan air tangan isteri yang menyediakan makan untuk suami dan anak-anak. Ada yang tidak percaya kepada petua ini denga alasan petua ini sebagai senjata psokologi pada isteri. Alasannya, isteri berkuasa menguasai kasih sayang suami dan anak-anak dengan menyediakan makanan untuk keluarga.
Tetapi apabila dilihat dan dinilai, petua ini sejajar dengan amalan yang isteri boleh lakukan semasa membasuh beras, sayur, ikan, daging dan sebagainya iaitu dengan membaca selawat keatas nabi, maka kita rasakan seperti petua orang tua-tua mengenai air tangan itu ada kebaikan dan kebenarannya.
Maka. Ada persamaan jika cara yang memasak dan membasuh itu dimulai dengan selawat dan dimasak dengan penuh keimanan. Saya pasti dan yakin satu kelainan rasa ukhwah yang diikat bersama ini akan kekal selamanya. Sampai kita berkeluarga kerapa ‘penangan’ masakan yang penuh barakat.
Ikhlas dalam membuat sesuatu perkara. Biarlah sedikit tetapi ikhlas kita lakukan daripasa banyak tetapi tidak memberikan faedah kepada diri sendiri mahupun orang lain.
Untuk tip yang lebih berkesan, saya rasa anda sendiri mampu dan lebih mengetahui ahli rumah anda bagaimana dan sebagainya. Kerasa disitu terletaknya satu ikatan yang paling tinggi dalam persaudaraan
Sekadar pandangan sisi yang mungkin benar atau mungkin salah.
Selamat beramal semua .

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

23 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge