Entry PERTAMA 2011(kami dikhianati)

January 4th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan

Kuliah Universiti Mu’tah saya. Cantikkan..

oleh : shakirshafiee

Sekadar perkongsian kisah 3 tahun bekelana di bumi arab. Moga kita dapat ambil iktibar dari apa yang telah menimpa kami ini. Moga Allah sahaj yang membalasnya. Kisah ini terjadi sekitar 2 tahun lepas.

Surah Muhammad : 7 Maksudnya: ” Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. “

“Ket, hang nak cakap apa dengan arab nanti, Aku risaulah….” ujar Solihin. Baru-baru ini, kami dikejutkan dengan dengan perbuatan yang boleh dianggap menzalimi dan dizalimi. Mungkin agak kasar bunyinya, tapi itulah realiti yang berlaku. Mungin ini satu dugaan bila berada di negara orang.

Risau juga rasanya dalam hati ni. Tapi melihatkan sahabat-sahabat lain saya ni, yang terlalu risau memikirkan nasib yang berulang kembali ini membuatkan perasaan risau dalam diri menjelma.

Klik disini untuk kisah selanjut. (kisah sebenar ini dibuang atas masalah yang tidak dapat dielakkan) Haraf Maaf.

“Bro, relakslah. Kita cuba cakap dan cari rumah baru dulu.” Kataku.

“Tapi, dimana kita nak cari rumah baru.? Mesti kita kena jelajah satu Mu’tah untuk mencari rumah untuk disewa?

Pastu mesti kena bertutur dalam bahasa ammiah jordan?”,Ah. Satu masalah juga nak bercakap ni. Dah la baru 3 bulan kat sini. Banyak lagi mufradat tak cukup lagi ni.

Kata sahabatku lagi sambil mengaru kepala memikirkan ape yang perlu dituturkan nanti..

Aku terdiam memikirkan kata-kata sahabatku itu. “Nak ke tak nak kita perlu cari juga rumah sewa secepat mungkin, Hausemate kita semua exam hujung bulan nih takut tak sempat nak stady plak?”, spontan terlafaz dimulut Ruzaimy..

“Eh? Apa yang ko cakap ni Ruzaimy?”, tanya aku. Hari ini juga kita pergi serve di sekitar kawasan Mu’tah. Pinta Solihin.. Tak sempat Ruzaimy mencelah.. Semua Terdiam….

Adakah ini ujian atau bala Allah? Satu persoalan bermain di fikiranku. Ya, sepanjang berada disini, berapa banyak dosa telah kami lakukan kesalahan.

Tapi berapa banyak aku berdoa, agar diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan kesalahanku itu? Mungkin ini amaran dari Allah pada kami agar jangan lalai dengan mehnah dah tribulasi dan tipu daya dunia. Ingtlah niat asal kita datang kembali..

“Kita terlalu sibuk memikirkan apa salah kita pada orang lain. Tapi apakah kita fikir apa salah diri kita pada orang sehingga Allah menguji kita. “Tepuk dada tanya iman”.. Tapi ada tak dalam sesaat, kita diamkan diri berdoa diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan apa yang terkadi ini?”, tanyaku pada sahabatku itu. Diam sejuta bahasa…….

“Dengan memikirkan satu jawapan, kita dapat hidup dalam kesenangan. Tapi dengan membina satu alasan, hidup sentiasa terbayang dengan masalah yang dihadapi..” “Dengan satu jawapan, kita mampu menyelesaikan seribu masalah, tetapi dengan hanya satu alasan, kita boleh menimbulkan pelbagai lagi masalah.”

Dua kata-kata yang terbit di fikiranku. Ya, membina alasan, tandanya seperti kita sedang melarikan diri daripada berhadapan dengan masalah yang kita hadapi. Sedangkan mencari jawapan, bermakna kita adalah seorang yang cekal dan tabah berhadapan dengan setiap kesulitan dan kesalahan yang kita lakukan. Berdoalah pada tuhan. Insyllah. Jalan kita akan dimudahkan.

Kepada semua sahabat Bayt Malizi, janganlah kalian sedih dan rasa terabai kerana janji Allah itu pasti seperti di dalam surah Muhammad ayat ke-7 yang nyatakan di atas tadi. Yakinlah bahawa Allah tidak akan sia-siakan segala pengorbanan Kita.

Think Positive! Buruk sangka hanya membantutkan usaha dan semangat kita. Berdoalah agar diberikan kekuatan, kerana dengan kekuatan kita bertemu dengan jawapan yang hakiki.. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt.

shakshaf : Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! khas untuk semua. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk update blog walaupun exam baru selesai satu, tinggal 3 lagi. Mohon doanya lagi.

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

8 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge