Hari pertama di konya bersama Ahmed Acar di Mavlana

Bertolak ke Istanbul dari Konya

Hadapan Hagia Sophia

Hadapan Masjid Biru

Trip in Jordan ~FULLHD

January 19th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan - (3 Comments)
sini saya kongsikan video kami sepanjang 2 hari berjalan
Wartawan HAMZAH HASSAN bersama 3jejaka Mutah meyelusuri jalan yang berlokasikan di Amman ke Irbid sejauh 200km dalam KEMBARA BUMI ANBIYA EDISI 1.
Lokasi yang sempat kami terjah dalam siri KEMBARA BUMI ANBIYA EDISI 1 :
  • Ashabul Kahfi
  • Andali dan Balad
  • Jerash
  • Ajlun
  • Irbid~syari’ jamiah
  • Makrokah Yarmouk
  • Umm Qois
  • Makan Muaz Bin Jabal
  • Gua Nabi Musa
  • Gambar penuh disini ~ entry yang lepas. Nak tahu lebih lanjut tempat-tempat bersejarah ini searh haji google atau buka buku kisah sejarah ~~
    Alhamdulillah, kami telah diberikan kesempatan untuk melawat dan menziarahi dengan lebih dekat lagi iaitu tempat pelancongan yang terkenal di Jordan dan sekitarnya.
    Dan kami juga berjaya melakar sejarah sendiri apabila dapat berjalan sendiri tanpa memerlukan khidmat bantuan orang lain~ Hanya berbekal kompas dan peta kami menyewa kereta dan bergerak mengikut mengikut arah stereng dan perancangan.
    Perjalanan yang memakan masa selama 2 hari menghala ke utara Jordan dan ke selatan Israel satu pengalaman baru disini dengan perjalanan sejauh 640kilometer dan 35JD petrol serta kereta jenis Kia ceranto 1.6. model 2009.
    Satu perjalanan yang murah dan menjimatkan cuma sedikit keletihan.
    Jumpe seminggu lagi lepas pulang dari turkey (tuan blog tengah makan angin )
    ~terjah sirah buru ibrah~
    Siiru Ala Barakatillah~~~
    SALAM TAKZIAH : PELAJAR MALAYSIA MESIR MENINGGAL AKIBAT KERACUNAN GAS PEMANAS AIR
    Iskandariah,17 Jan : Seorang pelajar akhawat, Nurul Iman binti Ab Alim telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Arwah yang berasal dari Kelantan pada mulanya ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.15 pagi di dalam bilik air oleh 2 orang ikhwah yang mendapat panggilan kecemasan daripada ahli rumah beliau.
    Anak ke 2 daripada 10 adik-beradik ini dipercayai telah masuk ke bilik air pada jam 8.00 pagi. Selepas lebih satu jam tidak keluar, ahli rumah mengesyaki sesuatu berlaku kerana tiada sahutan apabila pintu bilik air diketuk, dan kemudiannya mereka menghubungi ikhwah yang berada berdekatan. Ikhwah yang tiba ditempat kejadian lantas membawa mangsa ke Hospital Salamah apabila melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mereka mengesyaki kemungkinan mangsa mengalami  keracunan gas yang berpunca daripada kebocoran gas yang digunakan untuk memanaskan air selepas terbau gas semasa berada dalam bilik air tersebut.
    Kira-kira jam 9.45 pagi, mereka tiba di Hospital Salamah dan membawa mangsa untuk dirawat di wad kecemasan. Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Isahak Othman serta pegawai tiba di hospital kira-kira 5 minit kemudian selepas dihubungi oleh ikhwah terbabit. Jam 10.15pagi, doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat keracunan gas (Carbon Monoxide Poisoning). Atase Pendidikan(Khas) JPMK Iskandariah, Ustazah Zakiah binti Zaidon tiba bersama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Abdul Rahim Suhaini kira-kira jam 11.15 pagi selepas mendapat makluman.Mereka kini sedang menguruskan proses untuk mengeluarkan jenazah daripada hospital.
    Arwah merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan yang kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester berbaki 7 kertas daripada 10 dimana kertas ke-4 akan diduduki pada esok hari. Sehingga saat berita ini ditulis jenazah masih berada di hospital dan menunggu urusan untuk dikeluarkan.
    Semua warga PERUBATAN Iskandariah dijemput bersama-sama ke Asrama MARA selepas maghrib hari ini untuk Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil (solat jenazah tidak dapat dijalankan lagi kerana jenazah masih ditahan untuk bedah siasat).
    Al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. SUMBER
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...