Rakaman seks berdekatan rumah saya
December 18th, 2010 | Posted by in Tanah AirkuMEMALUKAN…aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit.h-metro
Oleh : shakirshafiee
Astaqfirullah. Terkejut bila membaca berita semalam mengenai aksi seks sepasang adik-beradik yang masih dibawah umur sedang berlejar di telefon bimbit.
Apa yang memeranjatkan saya ialah ai berlaku berdekatan rumah saya walaupun saya tidak mengetahui lokasi yang sebenar. Sebab bandar Butterworth bukannya kecil.
Setelah menghubungi keluarga dan rakan-rakan mereka pon tidak dapat memastikan lokasi yang sebenar kejadian tersebut.
Saya berharap agar kerajaan dapat mengambil masalah ini dan kaji dengan teliti adakah pendidikan seks disekolah patut dilaksanakan tahun 2011.
Ini belum dilancarkan dan diajar disekolah tetapi susah terjadi kes ini. Dan tidak mustahil perkara yang kita tidak fikirkan akan terjadi lebih buruk dan parah jika pelajaran seks itu disalah ertikan oleh mereka kelak.
Saya doakan semoga perkara ini tidak akan berulang lagi lebih-lebih lagi dinegeri tercinta saya Butterworth, Pulau Pinang. Terasa dekat sangat perkara ini dengan saya walaupun saya berada jauh diperantauan tetapi saya tetap ambil tahu pasal tanah air tercinta.
Ini berita yang saya dapat di H-metro semalam. Jom Baca
BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.
Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar. Lagi berita di sini
shakshaf : Mengigil baca berita ni. Pastu timbul kes orang melayu mengaku gay dlm youtube, macam-macam. Nazubillah.
Related posts
- Kami Pelajar Jordan membantah tayangan drama Tahajjud Cinta
- Awal Ashaari melamar Scha Al Yahya secara LIVE?
- HUDUD: Wajar atau Tidak? Soalan itu pun dah tak wajar!
- Salam Maulidur Rasul 1434 / 2013
- Sembang Hudud : Fikir, dengar dan nilai
- Pengalaman jadi imam TARAWIH di Masjid
- Gambar tragedi tanah runtuh Hulu Langat (UPDATE)– AL Fatihah
- Notis dan Kenyataan MPMMJ berhubung Isu BERSIH 3.0
- Hentikan kerja-kerja menduga Malam Al-Qadr !
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





huh, terkejut jgk tgk entry ni. area rumah sy jugak.
buat malu T.T
tu la. cbe try cari lokasi sebenar kat mane
terkejut!
apa nak jadi ngan dunia sekarang…budak belasan tahun dah pandai sumbang mahram…sedih..:((
hurm.. sedih2.. akhir zaman mcm benda yg tak terpikir dgn akal berlaku..
penyesalan yg berpanjangan:~
moga2 dijauhkan benda2 mcm ni dr orng2 yg kita syg
Ameen.. insyllahh
betoi 2…kdg2 rasa kecewa sgt dgn sikap manusia skrg ni…:’(
sebenarnya tak tau apa perasaan saya, bercampur2, tekejut, sedih, risaukan anak2, takut, malu dan macam2lah…….. semoga ALLAH tabahkan saya mendidik anak2 dan moga mereka dijauhkan dengan terikut budaya yang buruk…..
takutnye ngn budak sampai zaman sekarang…
kene terapkan nilai agama secukupnye..
Dunia akhir zaman dan dunia tanpa sepadan… moga kita doakan generasi yg mendatang diterapkan nilai2 tersebut dengan kuat kat kukuh.. amenn
betul3…semakin takut dengan dunia hari ni
bimbang dengan nasib generasi akan datang…
sama-sama kita doakan yer
nauzubillah…masalah keruntuhan akhlak skrg ni benar2 meruncingkan. kalo difikirkan dan diselidik semula, zaman kita ni umpama berulang semula kpd zaman jahiliyyah dulu2. apakah perlu Allah menurunkan azab seperti zaman2 nabi terdhulu baru kita nak sedar semula?? astagfirullah……………..
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)