27 Ogos 2010
Perasaan gembira, sedih dan terharu jelas terbayang pada wajah Sahril sewaktu tiba di tanah air. Sahril sempat bersalaman, berpelukan dan mengucapkan ucapan kepada semua ahli keluarga yang datang termasuk bakal tunangnya yang belum nampak walaupun dihujung matanya.
Tiba-tiba hensetnya bergetar. Maaf saya tidak dapat hadir. Zulaikha
Sahril bersedih.. Mungkin dia dan keluarganya ada urusan yang lebih penting.
Ayah Sahril memberikan isyarat ‘kunci’ untuk beliau memandu kenderaan jenis mpv citra 2.0 itu. Sahril tanpa menolak terus mengambilnya. Agak kekok pada permulaannya kerana hampir 2 tahun tidak memandu. Akhirnya Sahril dapat mengawal semua keadaan.
Keadaan ketika itu sengap seketika..
Tiba-tiba ibunya menyoalkan Sahril. “Bagaimana cincin pertunangan Sahril”.
Sahril hanya terdiam dan hanya menggelengkan kepalanya. Ibunya memahami bahawa Sahril mahu membeli cincin pertunangan itu bersama keluarga. Itu adalah lebih keberkatan.
Jom kita singgah satu kedai emas di pinggir bandar sana. Ayah Sahril Menyelah serta memberikan cadangan.
Adikku hanya tersenyum dan menunjukkan isyarat ok.
Aku terus memandu dalam kelajuan 80 km/j. Sungguh indah permandangan jambatan pulau pinang diwaktu ini diselanggi dengan feri-feri berulang-alik dari jetty. Hatiku terusik..
Kami tiba dikedai emas kenalan ahli keluarga yang terletak tidak jauh dari umah. Aku sangat terharu kerana belum sampai dirumah terus kekedai emas. Maklumlah menantu pertama keluarga. Bisik hatiku.
Cincin pertunangan merupakan salah satu elemen simbolis untuk mengungkapkan rasa cinta dan komitmen sepasang kekasih yang akan segera menuju ke pelaminan. Sifatnya yang personal membuat urusan memilih cincin pertunangan dipandang sebagai sesuatu hal yang cukup sakral.
Setiap orang pasti menginginkan cincin pertunangan yang paling pas dan sempurna untuk dirinya dan pasangannya
Setelah membuat pilihan dan saiz diterima kami terus membuat bayaran dan beredar. Pilihan cincin cincin dibuat semua ahli keluarga dan satu dipilih. Moga-moga satu hati dan satu suara ini menjadi kekalan dala keluarga Sahril.
Tapi yang agak Sahril terharu apabila ayahnya menghadiakan adik perempuan sebentuk cincin juga semperna hari kelahirannya. Aku gembira melihat adikku bermain dengan emas walaupon umurnya baru melangkaui 15 tahun.
Begitupun, sekiranya kita membeli sebentuk cincin pertunangan, adalah lebih baik sekiranya anda pastikan cincin tersebut diperbuat daripada emas tulen kerana ia akan kekal lebih lama dan tentu sekali anda tidak mahu melihat cincin tunang atau perkahwinan yang menjadi lambang cinta serta kesetiaan anda itu pudar. Ujar penjual cincin itu kepada kami.
Dua bentuk cincin dan satu matlamat…
Sahril sangat seronok sampai terlupa bahawa lagi setengah jam akan masuk waktu berbuka. Astaqfitullah.. Aku terlalu asyikkan nikmat dunia… Sambung…
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?
Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan.
Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn.
Lantas sahabat bertanya lagi:
Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu?
Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Shakshaf : World-world jugak, akhirat jangan lupa.






