Dugaan Hidup Hanya Dia Yg Tahu
October 14th, 2010 | Posted by in KehidupanFirman Allah Ta’ala yang bermaksud :
Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Al Ankabuut 2.
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Al Baqarah 286.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat atau lemah, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan. Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.
Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Related posts
- Istiqarah Ramadhan - Teguh satu pilihan!
- Buat duit dengan jadi Pensyarah, lupakanlah sahaja
- Ingat. Ada orang percaya.. mereka boleh jadi kaya dengan menulis di internet!
- Wakenabeb di hujung Februari ini
- Indahnya Dunia Indah lagi Akhirat
- Mati, jika mungkin. Hidup, jika perlu?
- Wamakaru Wamakarallah : Target 2011 - 2020
- Disebalik sehelai kain!
- FIQH SENTIASA BARU
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





Setiap yg berlaku..baik atau buruk mana sekali pun harus diucapkan dgn kalimah Alhamdullilah.. Kerana dari situ Allah menguji samaada kita berterima kasih padaNya.. Selalu kita hanya bersyukur dgn perkara yg baik2 saja.. tetapi bila perkara2 yg sebaliknya berlaku, kita seringkali mengeluh.. Allah mendengar keluhan itu.. Semakin kita mengeluh, semakin sulit masalah @ musibah itu hendak diselesaikan.. Percaya lah setiap apa yg berlaku ada tersembunyi HIKMAHNYA tersendiri..
betul tu.. terima kasih along atas nasihat ini.. insyllah.. apa yg berlaku ada hikmha disebaliknya.. ya allah permudahkan segala urusan ku..
selamat berblogging kembali
insyllah..
..
assalamualaikum w.b.t
pernah sekali mengalah dengan dugaan.. kehilangan dua insan tersayang dalam masa yang sangat dekat.. hati ni tak mampu untuk menerima.. tetapi.. terima kasih YA ALLAH kerana masih memberikan kekuatan untuk menghadapi semua itu.. semoga hati ni kekal kuat untuk itu.. insyaallah
salam……sye jg prnh mengalami dugaan yg ssh utk dilupakn..ape yg di tulis di ats mmg btl…kdg2 kite prlukn shabt2 utk mmbntu jua prlu prtolongn yg MAHA ESA utk mmberi petunjuk…ya ALLAH ku mohon pada MU berilh kekuatn n ketabhn utk menempuh dugaan yg di berikn….kite hanye pelakon di pentas dunia n ALLAH adlh pengrhnye jd ape yg tlh di tentukn oleh ALLAH adalh sebaik2 penentuanye…..
:’)))
(“,)
hehe
Ya allah, sesungguhnye aku semakin lemah menghadapi ujian dari mu (ya allah), terlalu kuat rasanya dan dah tak tertahan minda dan badan untuk menahan nye….lemah seluruh anggota badan…terhenti degupan jantung di buatnye…
di dlm kelemahan ini ku gagahkan jua mencari kata2 kekuatan, dan akhirnye aku bangkit semua…setelah akau membaca blog ni, sedikit sebanyak dia membantu utk aku bangun semula,terima kasih kepada penulis….:)
saat ini aku sdang mnghdpi mslh,kdang2 trsa lnglai tbuh utk mnghdpi ujian NYA tp bla difkirkn smula,aku sdar bhwa allah ttap bsmaku,mndengar kluh kesah ku dan mlhat ksdhan ku,trima ksh kpada pnulis kerna mnbahkan lgi smangat ku utk mnruskn hdp dlam mnghdpi mslh dan mnghpi hri2 yg akn dtng bsama ksbran di dda,,aku sgt bsykur khdrat illahi,,alhamdulillah..
=) thanks coz share ilmu….tersentuh bc karya anda ..keep it up
assalamualaikum…pengisian yg menarik… alhamdulillah … ana minta izin share boleh??
wasalam… boleh saudari..
)
terima kasih..^__^
sama-sama kembali
)
assalamualaikum…penulisan yg menarik… alhamdulillah … saya minta izin share boleh…
semoga saya diberi kekuatan setiap dugaan yang diberi..amin.
assalamualaikum…penulisan yg menarik… alhamdulillah … saya minta izin share demi kerana Allah
waalaikumsalam… teirma kasih… boleh
mohon share di blog saya…saya pon sdng mnghadapi byk dugaan buat masa sekarang ni… ;(