PERTAMA 2010, 2011 TERNANTI

IMG_2171Panelis yang tak jemu mencurah ilmu

IMG_2164Para Peserta yang taat setia menunggu saat ni untuk bergambar

IMG_2160

Berakhir cuti semester satu sesi 2010 dengan terurainya segala permasalahan mahasiswa yang tersimpul. Diimport 4 orang penceramah yang mampu untuk merungkai segala permasalaham mahasiswa.ustaz Mazlee Malik, Ustaz Hazrizal Abd Jamil dan Ustaz Heizal Hezry Bin Omar.

Dengan bertemakan Dakwah dan realiti mahasiswa timur tengah.

Persidangan ini amatlah penting buat semua mahasiswa Malaysia di Jordan dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap intelek dan menggilap imej mahasiswa Malaysia di Jordan dan dalan mencabar minda baru di era globalisasi seklai lagi PERTAMA tampil dengan imej dan pendekatan yang baru sesuai dengan iklim politik dunia yang mahukan ‘approache‘ yang ‘up to date‘ – PERTAMA 2010

Selama 2 hari warga Malaysia berhimpun di perkampungan Mutah untuk sama-sama menikmati huraian dan penjelasan dari kesemua pembengtang kertas kerja.

Walaupun berada di musim syita‘ ia tidak melemahkan semangat semua warga Malaysia di Jordan untuk sama-sama memenuhkan kuota dan dewan masrah Universiti Mutah.

Jutaan terima kasih kepada pengerak PERTAMA 2010.

Kita jumpa lagi tahun hadapan.

PERTAMA 2010, 2011 TERNANTI

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

MALU SEMALU-MALUNYA

telefonKalau cakap telefon tu pastikan wayar bersambung

Ini cerita pendek pasal seorang pemuda yang baru membuka satu pejabat baru.

Al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap-luap nak bukak business. Tak tahu lah business apa.

Nanti aku tanya dia…!!

Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya, ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu…almarinya… stationerynya la… tong
sampahnya la…

Dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon…!!

Dia ni boss kat pejabat tu…selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu…ye laaa…boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu berangan ni…!!

Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar…ah!!…mesti pelanggan datang nie. Lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk.. masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar besar…juta juta…pura-pura kat depan orang yang datang tadi…orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa…

Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu…lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi…errr!…maaflah…sibuk sikit… maklumlah projek tu…projek ni….tak boleh nak biar… kena arrange appointment dengan client…so…boleh saya bantu??!!

Dengan selamba pelanggan itu kata…

“Err…boss…saya ni dari Syarikat Telekom …datang nak sambung wayar talipon…!!
Agak korang laaa…camana eh reaksi pemuda tu…kalau lah kena kat aku…bengang beb… MALUUUUU…semalu-malunya!!!!!!!!!!!!

Tak sanggup tengok muka mamat Telekom tu…..

Gerenti kengkawan dia berdekah-dekah tergelak bila diorang dengar cerita mamat tu..
So, ingat tu..jangan bohong, jangan berlagak.

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Bumi Kinanah Egypt Mesir

mak'radketika memborong buku di Ma’rad Kutub

Menyusuri sirah mengikat ukhwah..

Menghampiri 17 hari kembara ilmu disamping menyusuri sirah berakhir di bumi kinanah Mesir, terasa rindu balik pada sahabat-sahabat seperjuangan walaupun terpaksa berpisah buat seketika.

Terima kasih atas layanan anda semua.

Jazakumullah khairan Jaza’.

Dua bumi yg berbeza segala-galanya dari segi matawang,pengangkutan, suhu, makanan,perkhidmatan,pelancongan dan segala galanya. 17 hari disana tidak terasa lama bahkan seperti baru 5 hari disana.

Banyak pengalaman yang dapat dikutip disana dari aspek perbualan ‘ammiahnya’ atau pertuturan kampung yang membuatkan aku tergamam untuk memahamkan apa yang mereka perkatakan.

Ketika pertama kali ini ingin bertanyakan di mana masjid. Salah seorang security di Nuwaiba menyoal kami ‘ruh finn’ yang bererti nak pergi mana. Kalau amniah Jordan ‘wen ruh’ agak berbeza sedikit.

Nilai tukaran wang Mesir yang agak rendah sebanyak 1 JOrdan = 7.75 EGypt memang menjadi jutawan seketika berada disana. Rasa seperti mahu dilambung duit kertas 25 dan 50 qirh ketika menukar wang disalah satu bank di Mesir.

Hampir 80% muhafazah kami redahi untuk berjumpa dan menjejaki sirah nabi dan para sahabat dan hanya maqam yang masyhur sahaja sempat kami ziarahi sebab kami mengunakan perkhidmatan bawah travel. Yang hanya memakan 300genih sahaja dari 8 pagi hingga 5 malam. A’jib betul harganya

Jika ada kelapangan masa insyallah kembara ilmu kami akan saya tulis mengikut hari sepanjang kembara di sana.

Bayt Malizi Karaki

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Adakah suasana ini akan kekal selepas ini??

DSCN0562

Kenangan idul adha 1430

Dentuman guruh dan panahan kilat bergegar dilangit. Akhirnya hujan turun dengan lebatnya setelah lama sejuk menguasai suasana. Merenung air yang menitis dari langit ke bumi bagaikan menemukan langit dan bumi yang tak pernah bersatu.

Ku tunggu salji pon tidak nampak bilanya lagi. Di China dan United Kingdom sudah ribut salji. Rindu nak main salji kembali memuncak. Mungkin belum masanya lagi.. Sabar..

PAGI-pagi lagi aku dah dikejutkan oleh pekikan ayam tuan rumah diselangi bunyi salakan anak anjing tepi bilik aku.. Hmm aku menggosok-gosokkan mata. Ku capai jam loceng yang terbaring di sisiku. “Hmm.. baru jam 6 pagi. Aku mengantuk lagi ni”.

Dah la malam tadi aku tidur lewat kerana melayan paranormal aktivity. Seram sejuk dibuatnya.. Kelat di mataku masih tak hilang lagi ni. Ku tarik bantal peluk ku. Nikmatnya! Selimut 10 kilo ku tarik. Ni yang buat aku makin malas nak bangun ni.

“Kettttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Cepatlah!’ jerit adinda aku.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. “Kenapa adek bongsu ku?

“Ha, Bangun subuh…!” . “Kau diamlah, aku dah la tak cukup ni” aku menjawab tersekat-sekat.

“Ops, Sori adinda aku” jawabku.. “Hurm…Makasih yer” aku memandangnya sambil tersenyum. “Tak ada hal punya!”adinda ku membalas.

Selepas solat subuh dan membaca beberapa helaian dari surah Asap, bulan dan besi.

Aku ke bilik belakang  melihat ada yang tengan layan KCB2 kali 5,  bilik tengan pon sama KCB2, bilik presiden aku sahaja yang tengan melayan klip movie dendangan Mahir Zain (Insyallah) Memang sedap sekali lagu tu..

Begitulah suasana di bayt malizi di kala pagi menyinsing. Memang meriah sekali. Mungkin kenangan ini tidak kekal lama. Mungkin tidak akan bertemu lagi. Hari ini tidak akan seperti hari semalam. Tapi aku akan berusaha untuk lebih baik dari hari semalam.

Beberapa hari dan saat lagi bayt malizi akan berubah suasana dan ahlinya. Maka berubahlah semuanya. Bayt malizi dalam kenangan 6 jejaka yang bakal mengegar dunia. Ameen

Adakah suasana ini akan kekal selepas ini??

07.00 a.m/18.01.10

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Anda mampu mengubahnya

DSCN0562

kita mampu mengubahnya

“Dah agak dah.. Ini akan terjadi”, benak ku.

Memang betul apa yang telah dihuraikan oleh sifu saya dalam penulisannya di saifuliislam.com yang bertajuk Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Baca Pun Malas. Walaupon beliau bukan ustaz aku disini. Tetapi beliau merupakan sifu aku di alam maya ini. Yang memberikan aku ilmu kepada ku secara tak langsung.

Nampak kecil je masalah ini. Tapi bagi diriku. ia memang satu masalah yang kita pandang remeh khususnya dalam penulisan. Bilamana bahasa ibunda kita dah jadi seringkas yang mungkin sekarang ini, tidak mengenal apa itu nahu, tatabahasa dan tajwid.

Tapi SPM A1 tu…. Hurm…

Kadangkala saya akui saya sendiri tidak faham atau dengan kata lain amat sukar untuk menerima maksud yang hendak disampaikan oleh mereka melalui email,ym dan sebagaimya. Tertekan juga apabila membacanya. Tetapi apabila membaca dengan cara satu persatu harfin bi harfin , barulah menerima maksud penghantar tersebut dengan sebaiknya.

Hanya satu masalahnya “MASALAH TATABAHASA”

Mungkin ada yang berkata,

“Hurm, buat apa aku taip panjang-panjang. Depa bukan nak baca semua pon.

Janji maksudnya sampai” menjawab plak.

Itulah orang kita bila ditegur. Ada saja jawapannya.

Harapnya dakwah yang kita bawa melalui penulisan dan sebagainya ini ada manfaat di sisiNYA.

Teringat Kembali. Alfatihah

Aku masih ingat lagi kata-kata dari arwah us Arman dalam ucapannya di majlis penutup ihya ramadhan yang lepas. Beliau ada pengeluh mengenai masalah adab dan tatacara khususnya penulisan.

Beliau terkilan dengan segelintir pelajar yang mahu meminta pertolongan beliau. Tetapi mengambil jalan mudah dengan pelajar penulisan yang agak kurang beradab.

Mungkin ai merasakan berada di alam maya yang menggunakan satu alat yang tidak ada perasaaan dan naluri. Dan berlainan jika berhubung melalui telepon dan sebagainya yang mendengar dua suara.

“Bahasa melambangkan jiwa kita”

Web PERMATA

Alhamdulillah. Sekarang saya sudah  turun takhta admin ke2 www.permatajordan.com. Diganti dengan sahabat saya yang lebih mampu untuk membawa web PERMATA ini.  Selaras dengan objektifnya (BPP0910), mengantarabangsakan web PERMATA di pelusuk dunia mahasiswa di alam maya ni.

Hampir 6 bulan aku telah diamanahkan menjaga laman web PERMATA. Dan begitulah aku terima pelbagai ringkasan perkataan dan kalimah dalam memberi maklumat sehingga ada yang terbawa-bawa dalam wallpaper, banner, kertas kerja dan sebagainya seperti yang saifulislam tulis.

Saya tidak nafikan saya pun ada memendekkan perkataan khususnya dalam sms. Itu saya boleh terima lagi, sebab setiap huruf itu sangat berharga.

Cuma harapkan kepada yang terlibat, supaya benda ini tidak berulang lagi. Biarlah ini menjadi pertama dan terakhirnya. Jangan hari ini insaf esok buat balik..

Mungkin kita tidak perasan yang sebenarnya kita melalukan kesalahan. Kerana teknologi semuanya menjadi senang dan mudah. Dan jangan kerana kemudahan yang memudahkan ini kita menjadi lalai dengan dunia di alam fantasi ini.

Mungkinkah kita ditipu telah terpedaya dengan dunia teknologi terkini? Renungkan lah..

“anda mampu mengubahnya”

-alkaraki|Jordan-

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara