Archive for the "Program Terkini" Category

PERTAMA 2010, 2011 TERNANTI

IMG_2171Panelis yang tak jemu mencurah ilmu

IMG_2164Para Peserta yang taat setia menunggu saat ni untuk bergambar

IMG_2160

Berakhir cuti semester satu sesi 2010 dengan terurainya segala permasalahan mahasiswa yang tersimpul. Diimport 4 orang penceramah yang mampu untuk merungkai segala permasalaham mahasiswa.ustaz Mazlee Malik, Ustaz Hazrizal Abd Jamil dan Ustaz Heizal Hezry Bin Omar.

Dengan bertemakan Dakwah dan realiti mahasiswa timur tengah.

Persidangan ini amatlah penting buat semua mahasiswa Malaysia di Jordan dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap intelek dan menggilap imej mahasiswa Malaysia di Jordan dan dalan mencabar minda baru di era globalisasi seklai lagi PERTAMA tampil dengan imej dan pendekatan yang baru sesuai dengan iklim politik dunia yang mahukan ‘approache‘ yang ‘up to date‘ – PERTAMA 2010

Selama 2 hari warga Malaysia berhimpun di perkampungan Mutah untuk sama-sama menikmati huraian dan penjelasan dari kesemua pembengtang kertas kerja.

Walaupun berada di musim syita‘ ia tidak melemahkan semangat semua warga Malaysia di Jordan untuk sama-sama memenuhkan kuota dan dewan masrah Universiti Mutah.

Jutaan terima kasih kepada pengerak PERTAMA 2010.

Kita jumpa lagi tahun hadapan.

PERTAMA 2010, 2011 TERNANTI

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Percaya untuk Berjaya

examhallAdakah kita sudah bersedia??

Bismillah

Salam juang dan mujahadah bagi semua sahabat yang akan dan sedang menempuh fatrah imtihan saya ucapkan selamat berjuang semoga perjuangan kalian semua mendapat hasil yang baik dan memuaskan.

Bagi yang sudah melepasi imtihan kita haruslah bersiap menerima hasil imtihan tersebut. Apapun hasilnya kita harus bersyukur kerana sudah mendapat hasil imtihan selari dengan usaha kita. Dan bersiap sedialah untuk menamatkan fasal ini dengan penuh rasa puas hari bukan dengan tangisan.

Tahniah yang bakal Khirij fasal ini. Khususnya ahli rumah Bayt Malizi.. :)

Saya doakan moga anda yang akan pulang ke tanah air dapat meneruskan dan menghadirkan diri sebagai seorang aktivis mahasiswa nanti. Doakan kami untuk meneruskan kembara mencari  ilmu ini.

Dan paling penting nak KAWEN jangan lupa jemput kami yer.. Kirim Kad Jemputan pon jadilah.. :P

Ini saja untuk entry kali ini.. Memang taip ikut hati yang tengah tension nak hadapi exam esok.. :)

Doakan saya kawan- kawanku…

“Ya Allah! Kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.” Semoga Allah meMUDAHkan FAHAM  DAN MUDAH HAFAL dengan cepat.

·         Mintalah pertolongan daripada Allah s.w.t dan jangan berasa lemah.

·         Bermujahadahlah dan susun waktu.

·         Fokus ketika mengulangkaji pelajaran.

·         Berdoa dan membaca Al-Quran.

·         Mintalah kejayaan daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t : “dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.” (Surah Hud : 88)

Terima kasih atas email dari sahabat yang memberi aku kembali semangat dan

PERCAYA UNTUK BERJAYA.

_____________________________
MOHD SHAKIR BIN SHAFIEE
Alkaraki Jordan | 13400 Butterworth
www.shakirshafiee.com

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Snap bersama Delegasi PULAU PINANG

msg1

msg4

msg2msg3

19569_1309630618516_1163119988_30952838_1157206_n19569_1309629818496_1163119988_30952820_672455_n19569_1309636938674_1163119988_30952864_6319689_n

Kredit untuk : Sazwan (s/u MUTIARA) atas gambar-gambar ini

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Laporan Program AFC2009

JuaraJUARA AFC2009 (Malaysia (IRBID)

Mu’tah Universiti, 5 disember 2009: Alhamdulillah! Pasukan Malaysia (IRBID) berjaya menjuarai pertandingan ASEAN FUTSAL CUP anjuran Malaysia Student Department (MSD) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) yang telah berlangsung pada 5 Disember 2009 bertempat di Solah Riadi Universiti Mu’tah.

Pada perlawanan akhir, Malaysia (IRBID) telah menang ke atas Malaysia (Mafraq) dengan jaringan 3-2. Sementara itu, tempat ke-3 telah disandang oleh Thailand yang berjaya dalam penentuan sepakkan penalti ke atas Malaysia (Mu’tah) dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian di dalam kejohanan futsal selama sehari ini yang diadakan bagi merancakkan lagi program Asean Futsal Cup (AFC2009) ini. Pasukan tersebut termasuklah 5 buah negara asean seperti Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Duta Besar Malaysia ke Amman Dato’ Abdul Malek bin Abdul Aziz berserta 4 duta negara lain telah hadir merasmikan majlis penutupan sekaligus sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang Asean Futsal Cup 2009.

Di dalam ucapan penangguhannya, Dato’ Duta berkata , “Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur iaitu Malaysian Student Department (MSD) di atas inisiatif menganjurkan kejohanan ini. Program sebegini dapat mengajak para pelajar khususnya belia untuk terlibat dalam aktiviti yang sihat serta belajar untuk berpesatuan di masa hadapan. Sesungguhnya, belia merupakan aset terpenting agama, bangsa dan negara pada masa mendatang.

Saya menyambut baik dan menyokong apa-apa sahaja bentuk aktiviti riadhah yang sihat melibatkan golongan pelajar khususnya. Futsal bukanlah semata-mata satu aktiviti sukan yang hanya untuk mengeluarkan peluh semata-mata, namun ianya mengandungi peraturan-peraturan dan disiplin permainan yang seharusnya dipatuhi dan dihargai. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan peserta, penonton dan masyarakat setempat. Justeru itu, saya berharap kejohanan sebegini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.”

Turut hadir sama pada majlis penutupan ialah Duta Filipina, Duta Thailand, Duta Brunei, Duta Indonesia serta Pengarah Universiti Mu’tah.

Nota: Pihak AJK PELAKSANA AFC2009 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Atlet dan peserta yang telah memberi komitmen jitu dalam menjayakan program ini. Kita jumpa di AFC2010 tahun hadapan. Semoga Allah SWT menerima segala amalan dakwah kita. Bersama kita buat yang terbaik untuk ISLAM kerana ALLAH.

Makluman lanjut sila layari : http://aseanfutsalcup.blogspot.com/

Wallahu a’lam bissawab.

“UKHUWAH BERSATU DI MEDAN RIADHAH”

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

5 Negara bakal Merentap

Kenangan Karisma 2009Kenangan bersama Dato’ Duta di Karisma 2009

HANYA tinggal tiga hari sahaja lagi, acara anugerah berprestij anjuran MSD & MPPMJ Asean Futsal Cup 2009 (AFC2009) akan membuka tirainya.

Dengan mengambil tema Ukhwah Bersatu Di Medan Riadhah, pastinya pihak kami menjanjikan sebuah perganjuran yang cukup hebat dan menjadikan edisi kali ini sebagai acara yang akan dikenang sebelum tahun 2009 mengucapkan selamat tinggal.

Pastinya khalayak dan peminat futsal khususnya yang berada di Jordan sudah mengetahui penganjuran AFC adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang futsal dan bola sepak untuk diserap dalam KARISMA 2010 yang bakal mungcul tahun depan.

Mudah-mudahan tahun depan akan dibuka satu lagi acara dalam KARISMA 2010 iaitu FUTSAL yang bakal disertai ahli MPPMJ sendiri. Bergantung atas budi bicara pihak penganjur nanti.

Tahun permulaan penganjuran AFC 2009 dengan kerjasama Malaysian Student Deparment (MSD) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) serta Mu’tah Universiti selalu tuan rumah. Bermula hari ini sehinggalah ke hari kemuncak AFC2009 yang berlangsung Sabtu ini, Kami akan menyenaraikan serta memilih pemain-pemain yang bakal dinobatkan sebagai Pemain terbaik dan Penjaring Terbanyak sekaligus membawa nama Negara itu sendiri.

Untuk pengetahuan penyertaan kali ini mendapat sambutan dari 5 buah negara Asean seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, filipina dan Brunei .

Kata orang, sekadar untuk suka-suka dan menyemarakkan serta memeriahkan lagi kedatangan AFC2009.

Saingan yang hebat juga akan kami hidangkan untuk anda menikmati satu pertandingan yang paling berprestij di tahun 2009.

Majlis ini juga akan diserikan dengan kedatangan 5 duta yang bakal mengegarkan bumi Mu’tah untuk acara penyampaian hadiah dan seterusnya akan menobatkan Johan AFC2009 yang akan membawa pulang Piala Pusingan dan pinggat dari pihak penganjur.

Kami dari pihak penganjuran mengharapkan kepada semua ahli MPPMJ yang ada kelapangan datang la ke bumi Mu’tah untuk kita sama-sama bersorak atas nama Malaysia sekaligus meningkatkan ukhwah sesama kita sendiri.

Maklumat lanjut layari : http://aseanfutsalcup.blogspot.com/

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara