Archive for the "Sautul qalbi" Category

e-miftah yang terbaik untuk anda

iklan-emiftah-baru-copy

Sila dapatkan pada wakil yang berdaftar dan TERHAD untuk JORDAN sahaja

Sila hubungi : Nazrie -0779923320 Hidayah -0776216935 (Jordan Shj)

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Selamat Tahun Baru & Ma’al Hijrah

maal hijrah

Bismillahirahmanirahim,

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Assalamualaikum W.B.T …

Saya, ana, aku, kawe dan i Mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah dan Sambutan Ma’al Hijrah, semoga kedatangan Tahun baru 1431H ini akan menaikkan lagi semangat perjuangan kita untuk memertabatkan Islam dipelusuh dunia Islam. Moga segala azam dan semangat baru seiring dengan iman dan amal kita.

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Selamat Pengantin Baru

Selamat pegantin baru

Assalamualaikum.. Selamat Pengantin baru dari kami warga Mu’tah Jordan @ Darul Quran 2005/2008.

Ingatlah kenangan kita semasa bujang-bujang dulu. Walaupon dah terlewat tapi mugkin kami kat cini jauh. Maklumat lambat sampai. Maaf yer akh Din.

Tapi sekarang Akh Din dah xcam dlu din.. Akh Din dah ada isteri tersayang. Jangan wat macam masih bujang yer. Ingatlah selalu bini tersayang ni walaupon berjauhan dimata tapi dekat dihati.

Binalah rumahtangga impian yang diimpikan. Moga seiring dengan taqwa dan iman kita.

Terima kasih juga atas kad jemputan walimahtulurus tu.

Ni satu lagu untuk akh Din bersama isteri tersayang..

Selamat pengantin baru
: : Selamat berbahgia
: : Selamat ke anak cucu
: : Semoga sejahtera

Hidup mestilah jujur
sabar paling perlu
cinta setiap hari
senyum mesti selalu
ho ho ho hoi

Selamat pengantin baru
selamat berbahgia
selamat ke anak cucu
selamat sejahtera

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Isu Kampus di Jordan..

Kartun Islamik

Bila sebut saja mahasiswa,pasti ramai yang beranggapn, iaitu mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang diceburi, mereka yang berkaliber, berkarisma dan mempunyai sifat kepimpinan.Namun untuk mencapai semua itu,berbagai-bagai permasalahan, rintangan dan dugaan yang terpaksa dihadapi dengan tabah dan penuh kesabaran. Sekiranya mahasiswa tidak dapat menghadapinya dengan baik, maka tidak hairanlah kita lihat ramai mahasiswa yang terkandas dipertengahan pembelajaran.

Begitu juga yang dialami oleh mahasiswa Malaysia di Jordan. Segala permasalahan terpaksa diselesaikan dengan baik dan cepat. Ini kerana belajar di negara orang tidak sama dengan belajar di negara sendiri, banyak urusan yang melibatkan kerajaan Jordan perlu dibereskan. Bagi memudahkan urusan mahasiswa Malaysia di Jordan,maka ditubuhkan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan(MSD), Persatuan-persatuan dan badan-badan kebajikan anak negeri. Hal yang demikian kerana, segala urusan yang mesti dilakukan adalah di tempat yang berbeza dan perlu menggunakan bahasa arab untuk berkomunikasi, ini mungkin mendatangkan masalah bagi mahasiswa, khususnya bagi mahasiswa yang baru.

Disamping itu,kewangan juga merupakan permasalahan utama mahasiswa Malaysia di Jordan, lebih-lebih lagi yang datang tanpa penaja atau biasiswa daripada mana-mana pihak, ini kerana matawang Jordan lima kali ganda lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia. Sekiranya mereka (mahasiswa) tidak bijak berbelanja dan peka dengan perbandingan matawang Jordan dan Malaysia, maka akan timbul masalah dalam kewangan mereka.

Penguasaan bahasa arab yang mantap amat penting bagi setiap mahasiswa yang belajar di Jordan. Sekiranya bahasa arab tidak dapat dikuasai oleh setiap mahasiswa, maka akan mendatangkan masalah dan kerugian yang amat besar, hal ini kerana,akan menyukarkan mahasiswa dalam memahami setiap sesi kuliah, jual-beli dan pergaulan dengan orang arab,itupun belum termasuk bahasa ammiah Jordan lagi, pendek kata, penguasaan bahasa amat penting bagi setiap mahasiswa di Jordan.

Seterusnya mahasiswa di Jordan terpaksa menghadapi perubahan cuaca yang tidak sama seperti di Malaysia, iaitu musim sejuk dan musim panas. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan jika tidak dihadapi dengan baik. Penempatan juga merupakan masalah yang dihadapi mahasiswa, ini kerana tidak semua universiti di Jordan menyediakan asrama untuk mahasiswa. Oleh itu,mahasiswa terpaksa menyewa rumah atau bilik di luar kawasan universiti. Permasalahan yang timbul apabila tinggal di luar ialah bekalan air yang terhad, keselamatan kurang terjamin, perbelanjaan pergi balik ke universiti dan sebagainya. Di samping itu, penyesuaian diri dengan makanan dan adat kebudayaan di sini juga penting dalam menjalankan kehidupan seharian.

Justeru itu, setiap mahasiswa perlu memperbetulkan niat, matlamat dan tujuan berada di Jordan. Memanfaatkan segala permasalahan yang menimpa, janganlah lihat permasalahan sebagai masalah, sebaliknya lihatlah sebagai tarbiyyah daripada ALLAH S.W.T.. Ingatlah ! Kita semua adalah harapan agama, bangsa dan negara,jadi jangan sia-siakan segala harapan ini, semua sedang menanti kepulangan kita sebagai seorang yang berilmu, berakhlak dan berkerampilan. Semoga segala jerih perih dalam menuntut ilmu di bumi anbiya’ ini mendatangkan hasil yang terbaik untuk dikongsi bersama umat islam kelak. AMIN..

Disediakan oleh : Saudara Adam b. Abd. Rashid (Ahli RASMI MUTIARA)

Disediakan untuk : Artikal MPPMJ 2009/2010

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Salam AidilAdha 1430H

Allahu Akbar 3x wa Lillahil hamd

Raya

Inilah saatnya kita perlu berqorban. Tampil ke depan membawa panji-panji Islam. Berjuang dengan segenap daya dan kemampuan menyonsong kemenangan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Hari ini kita diperintahkan berqurban, yang semestinya menjadi ibrah, dalam memberikan pengorbanan klita yang lain. Tidak hanya berhenti pada penyembelihan kambing, sapi, atau unta. Namun pengorbanan harta, waktu, jiwa dan raga kita demi tegaknya agama Allah di muka bumi. Ingatlah, wahai sahabatku, bahawa untuk itulah Nabi bersumpah tidak akan pernah mundur walau selangkah, sampai Islam menang atau baginda saw. binasa.

Saat berderai jatuh titisan airmata suci Ibrahim, melihat keteguhan iman anaknya Ismail, dikala itulah bermulanya sejarah agung, ERTI SEBUAH PERGORBANAN.

Salam Aidil Adha buat yang mengenali diri ini.. Kullu am waantum bikhai.

Terimalah kad penganti diri..

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara