Bismillah
Salam juang dan mujahadah bagi semua sahabat yang akan dan sedang menempuh fatrah imtihan saya ucapkan selamat berjuang semoga perjuangan kalian semua mendapat hasil yang baik dan memuaskan.
Bagi yang sudah melepasi imtihan kita haruslah bersiap menerima hasil imtihan tersebut. Apapun hasilnya kita harus bersyukur kerana sudah mendapat hasil imtihan selari dengan usaha kita. Dan bersiap sedialah untuk menamatkan fasal ini dengan penuh rasa puas hari bukan dengan tangisan.
Tahniah yang bakal Khirij fasal ini. Khususnya ahli rumah Bayt Malizi..
Saya doakan moga anda yang akan pulang ke tanah air dapat meneruskan dan menghadirkan diri sebagai seorang aktivis mahasiswa nanti. Doakan kami untuk meneruskan kembara mencari ilmu ini.
Dan paling penting nak KAWEN jangan lupa jemput kami yer.. Kirim Kad Jemputan pon jadilah..
Ini saja untuk entry kali ini.. Memang taip ikut hati yang tengah tension nak hadapi exam esok..
Doakan saya kawan- kawanku…
“Ya Allah! Kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.” Semoga Allah meMUDAHkan FAHAM DAN MUDAH HAFAL dengan cepat.
· Mintalah pertolongan daripada Allah s.w.t dan jangan berasa lemah.
· Bermujahadahlah dan susun waktu.
· Fokus ketika mengulangkaji pelajaran.
· Berdoa dan membaca Al-Quran.
· Mintalah kejayaan daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t : “dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.” (Surah Hud : 88)
Terima kasih atas email dari sahabat yang memberi aku kembali semangat dan
PERCAYA UNTUK BERJAYA.
_____________________________
MOHD SHAKIR BIN SHAFIEE
Alkaraki Jordan | 13400 Butterworth
www.shakirshafiee.com
“Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara













Shakir Shafiee