Berlalu Sudah 23 Tahun

ket ponya

25 OKTOBER 2009

Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat bayt malizi, bayt darul ukhwah, darr muttaqin dan bayt teruna cool yang bersusah payah menyediakan majlis hari lahir ini. Inilah kali pertama aku merasakan nikmat menyambutnya. Bagi aku ai sangat menakutkan namun ia adalah kenangan paling manis dalam hidup aku di bumi Mu’tah ini..

Ku sangkakan telur di dalam kuali, rupanya hinggap didahi ini. Ungkapan cukup bermakna bagi 25 OKTOBER 2009. Bermandikan telur ayam dan berlumur coklat kek dimuka memang tidak aku lupakan sampai bila-bila.. Mungin bagi sesetengah nampak macam mengerunkan tapi ini adalah satu nikmat menyambut hari lahir bersama kawan-kawan diperantauan ini. Untuk akan datang harap dapat bersedialah sesiapa yang akan menyambut hari lahir lagi. Jemputlah kami untuk meraikan hari bertuah anda bersama. Kami pasti anda tidak akan rasa kecewa.

Setahun sudah berlalu

Sedih bercampur gembira memang terasa dihati disaat diri ini sudah genap 23 tahun hidup diatas bumi  tuhan yang bertuah ini. Suka-duka silih bertukar ganti dalam hidup kita. Itulah ‘Warna-warni Kehidupan’. Terasa macam baru semalam dilahirkan tapi itulah realiti kehidupan seharian. Waktu berlalu terlaju laju. Jika kita lalai walaupun sesat pasti kita akan ditinggalkan. Aku berharap agar usia yang mendatang ini seiring dengan iman dan amal juga.

Aku juga cuba fikir, apa yang aku raikan ini? aku bukan sekadar untuk meraikan sudah berapa tahun kita hidup tetapi sebaliknya aku  juga meraikan ‘baki umur’ aku di dunia ini. Dihari ini antara hari yang terbaik untuk aku muhasabah dan fikir kembali, apakah yang telah aku lakuan untuk diri sendiri khususnya masyarakat amnya yang telah aku lalui setahun lepas. Adakah aku sudah ada perancangan untuk menguruskan baki umur yang tinggal (yang tidak diketahui sebenarnya) sebelum kita meninggalkan dunia yang fana ini. Jom fikirkan…

Semoga sisa umur ku menjadi syahadah terbaik dalam perjuangan menegakkan agama Islam ini bersama-sama anda semua. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dalam misi menyambut hari bertuah ini, fudat, amir, izol, jemi, silihin, syafiq, nayie (dalang), syaukani, amir, khairi dan semua yang tidak terlibat secara lansung mahupon langsung.

Tidak lupa kepada tajaan kek dan makanan untuk kami. Terima kasih banyak-banyak.

Moga segala doa-doa yang anda berikan dimakbukan Allah. Ameen

Shakirshafiee (01.29 a.m /26/10/2009 /AHAD)

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

  1. macho USA Oct 25th, 2009 @ 22:23 | #1

    wahah..patut ah rasa cam ada besday someone arini..ko rupanya ket..haha.
    cop cop aku ppnah dgr ada dalil not sure naqli or tak pasal menyambut besday ni digalakkan..ko tau tak?

    • admin Oct 28th, 2009 @ 22:25 | #2

      yaka.. bertuah betoi aku.. ingt selalu na.. aku ada dgr.. setahu aku yg xleh sambut tu disebabkan pengisian yg ada dlm majlis tu. selagi tidak melanggar syariah.. dipersilakan.. contohnya mcm maulid nabi.. ada segelintir ulama xsetuju tp ada yg setuju.. tu setakat yg aku taw la.. klau salah betulkan aku na… huhu

  2. zanuara Oct 31st, 2009 @ 23:20 | #3

    Sanah Helwah ya sadiqi, moga panjang umur n dimurahkan rezki. tak sangka umur kita sebaya 23 tahun.:)

    • admin Nov 4th, 2009 @ 15:15 | #4

      syukran ya akhi.. tu la sama lak kan.. tp enta dah khirij.. ana baru nak bertatih.. doakan kami di mutah yer..

Submitting Comment, Give me a second...

Leave a comment

Allowed tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackbacks & Pingbacks ( 0 )
  1. No trackbacks yet.