Archive for October, 2009

Berlalu Sudah 23 Tahun

ket ponya

25 OKTOBER 2009

Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat bayt malizi, bayt darul ukhwah, darr muttaqin dan bayt teruna cool yang bersusah payah menyediakan majlis hari lahir ini. Inilah kali pertama aku merasakan nikmat menyambutnya. Bagi aku ai sangat menakutkan namun ia adalah kenangan paling manis dalam hidup aku di bumi Mu’tah ini..

Ku sangkakan telur di dalam kuali, rupanya hinggap didahi ini. Ungkapan cukup bermakna bagi 25 OKTOBER 2009. Bermandikan telur ayam dan berlumur coklat kek dimuka memang tidak aku lupakan sampai bila-bila.. Mungin bagi sesetengah nampak macam mengerunkan tapi ini adalah satu nikmat menyambut hari lahir bersama kawan-kawan diperantauan ini. Untuk akan datang harap dapat bersedialah sesiapa yang akan menyambut hari lahir lagi. Jemputlah kami untuk meraikan hari bertuah anda bersama. Kami pasti anda tidak akan rasa kecewa.

Setahun sudah berlalu

Sedih bercampur gembira memang terasa dihati disaat diri ini sudah genap 23 tahun hidup diatas bumi  tuhan yang bertuah ini. Suka-duka silih bertukar ganti dalam hidup kita. Itulah ‘Warna-warni Kehidupan’. Terasa macam baru semalam dilahirkan tapi itulah realiti kehidupan seharian. Waktu berlalu terlaju laju. Jika kita lalai walaupun sesat pasti kita akan ditinggalkan. Aku berharap agar usia yang mendatang ini seiring dengan iman dan amal juga.

Aku juga cuba fikir, apa yang aku raikan ini? aku bukan sekadar untuk meraikan sudah berapa tahun kita hidup tetapi sebaliknya aku  juga meraikan ‘baki umur’ aku di dunia ini. Dihari ini antara hari yang terbaik untuk aku muhasabah dan fikir kembali, apakah yang telah aku lakuan untuk diri sendiri khususnya masyarakat amnya yang telah aku lalui setahun lepas. Adakah aku sudah ada perancangan untuk menguruskan baki umur yang tinggal (yang tidak diketahui sebenarnya) sebelum kita meninggalkan dunia yang fana ini. Jom fikirkan…

Semoga sisa umur ku menjadi syahadah terbaik dalam perjuangan menegakkan agama Islam ini bersama-sama anda semua. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dalam misi menyambut hari bertuah ini, fudat, amir, izol, jemi, silihin, syafiq, nayie (dalang), syaukani, amir, khairi dan semua yang tidak terlibat secara lansung mahupon langsung.

Tidak lupa kepada tajaan kek dan makanan untuk kami. Terima kasih banyak-banyak.

Moga segala doa-doa yang anda berikan dimakbukan Allah. Ameen

Shakirshafiee (01.29 a.m /26/10/2009 /AHAD)

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Cerita Bassam Hulul

Basam Hulul

Kalah dan bergaya itulah ungkapan yang paling cantik untuk kumpulan Bassam hulul. Walaupun kalah tapi semangat mahu menang sentiada ditunjukkan. Diakui stamina dan kerjasama (team work ) pasukan kami  adalah punca gagal untuk memenangi atau menakluki takhta. Dalam pertandingan menang atau kalah adalah lumrah atau adat permainan, namun persembahan yang kami tunjukkan boleh dibangga dan menghiburkan. Ada semangat melawan. Tahniah.

Matlamat utama liga bola sepak mutah ‘Merapatkan Ukhwah’ tercapai akhirnya. Terima kasih penganjur dan pihak yang terlibat. Moga penganjuran kali ini akan diteruskan untuk sesi yang akan datang. Kepada yang kalah cuba lagi tahun depan. Kepada yang menang jangan kita jumpa lagi  tahun depan dimasa dan waktu yang sama. Insyallah.

Program ini berakhir jam 4 petang dan penyampaian hadiah yang ditaja oleh Biro Bimbingan dan Rohani 09/10 dan disampaikan sendiri oleh Presiden PERMATA saudara Amiruddin Ibrahim.

Terima Kasih

 

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

UKHWAH DI LAMAN RIADHAH

piala mutah

Maksud Hadis:
“Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu,sehingga dia kasihkan (sesuatu) kepada saudaranya apa yang dia kasihkan untuk dirinya sendiri.”

Dalam hadis ini, secara jelas Allah Taala ingin menunjukkan kepada manusia betapa besarnya hubungan persaudaraan di kalangan hambaNya. Sekiranya hubungan persaudaraan mereka itu timbul daripada keihklasan yang diikat dengan keimanan. Dengan erti kata lain, persaudaraan yang erat sesama muslim adalah dituntut kerana mereka berpaut kepada satu aqidah, tidak dikaitkan dengan kepentingan duniawi semata-mata.

Perhubungan persaudaraan umat Islam kini terlalu renggang. Mereka tidak lagi diikat oleh persaudaraan yang hakiki iaitu persaudaraan berteraskan keimanan dan Islam yang jitu terhadap Allah sebaliknya kini persaudaraan mereka adalah berteraskan materealistik, kumpulan, kelab dan sebagainya sehingga menyebabkan dengan mudah musuh-musuh Islam menghancurkan Islam sedikit demi sedikit.

Dengan ini pihak PERMATA 09/10 di bawah Biro Kebudayaan dan Sukan (BKDS) ingin mengajak kita semua untuk turun ke padang bagi memeriahkan Kejohanan ini esok pagi. Ini adalah satu inisiatif yang sangat bijak dalam membina bibik-bibik ukhwah di bersama-sama. Kerjasama anda semua amatlah diharapkan agar UKHWAH kita kita dapat diikat dengan erat. Insyallah

Kita kini lebih suka bersengketa dan bermasam muka sesama sendiri walaupun larangan syarak berhubung dengannya terlalu banyak samada dari nas
Al-Quran mahupun hadis. Misalnya dalam surah Al-Hujurat :

(  اٍنما المؤمنون اٍخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون) –الحجرات :10 –

Maksudnya :
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Dalam ayat ini, Allah taala telah menghubungkan persaudaraan dengan rahmatNya. Ini bermaknya runtuhnya persaudaraan di kalangan umat Islam adalah satu bala. Sama-samalah kita menyemai dan menguatkan kembali ukhwah Islamiyah dikalangan kita hanya kerana Allah s.w.t yang telah terbina ini bersama dan selamanya.

Alfakir ilallah

shakirshafiee

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) 09/10

mutiara

MAJLIS MAHASISWA PULAU PINANG JORDAN (MUTIARA) atau  مجلس الطلبة البينانجيين بالأردن atau singkatannya MUTIARA merupakan badan yang ditubuhkan demi menjaga kebajikan anak-anak Pulau Mutiara, Pulau Pinang. Ditubuhkan pada 28 Februari 1997.

MOTO
MAHASISWA CEMERLANG UMMAH GEMILANG

DASAR
Dasar MUTIARA ialah Al-Quran dan As-Sunnah

OBJEKTIF
– Menyatukan mahasiswa Islam Pulau Pinang dalam satu persatuan.
– Memberi khidmat kebajikan kepada ahli
– Bertindak sebagai badan penggalak ke arah kecemerlangan ahli dalam semua bidang.
– Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli.
– Menjadi saluran rasmi di antara pelajar-pelajar Pulau Pinang dan badan-badan rasmi di Pulau Pinang seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan lain-lain.

PENTADBIRAN MUTIARA

Pentadbiran MUTIARA terdiri daripada 5 orang Ahli Lembaga Tadbir dan 2 orang penasihat yang dipilih melalui pilihanraya khas MUTIARA. Berikut adalah makluman organisasi MUTIARA

Barisan AMT baru sesi 2009/2010

Penasihat       I                     : Muhamad Faisal bin Yaakob (Mu’tah)

Penasihat         II                  : Nurul If’fah bt. Muhammad Nasir (Mu’tah)

Yang Di Pertua                        :  Mohd Shakir bin Shafiee (Mu’tah)

Naib Yang Di Pertua               :  Ain bt Abd Rahim (Irbid)

Setiausaha Agung                  :  Mohamad Syazwan bin Abu Bakar (Yarmouk)

Timbalan Setiausaha Agung  :  Nur I’zzah bt. Muhammad Nasir (Mafraq)

Bendahari Agung                   :  Mohammad Amir bin Wan Harun (Mu’tah)

Timbalan Bendahari Agung  :  Aisyah bt. Ahmad Fikri (Irbid)

KEAHLIAN MUTIARA

1- Ahli Tetap / Rasmi

- Setiap pelajar Islam di Jordan yang lahir atau menetap sekurang-kurangnya 12 tahun di Pulau Pinang dan tidak menjadi ahli tetap badan kebajikan anak negeri lain.

2- Ahli Bersekutu

- Pelajar-pelajar bukan dari negeri Pulau Pinang yang berkahwin dengan ahli tetap MUTIARA

- Setiap ahli tetap badan kebajikan anak negeri lain yang lahir atau menetap di negeri Pulau Pinang

- Ibu dan ayah berasal dari negeri Pulau Pinang

3-  Ahli Kehormat

- Setiap ahli MUTIARA yang telah tamat pengajian dan ingin meneruskan keahliannya

- Suami atau isteri yang bukan pelajar kepada ahli tetap MUTIARA

- Dilantik dengan persetujuan Ahli Lembaga Tadbir dan tidak melebihi 5 orang.

Ucapan Dasar Yang Di Pertua MUTIARA 09/10

Mohd Shakir Bin Shafiee (coming soon)


Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Syafakallah: Moga Allah Kuatkan anda semua

assalamualaikum. .

buat teman-teman yang dikasihi sekalian.

Kita digemparkan dengan kemalangan pada 11 okteber 2009 yang melibatkan sahabat kita di zaqaziq Mesir. Shamsul Bakri DAN Abdul hadi dan beberapa org lagi telah  ditimpa kemalangan semasa perjalanan menuju ke kaherah bertembung dgan  sebuah trailer. Mereka merupakan pelajar tahun 4 MEDIC Zaqaziq. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda semua.

Syam

Sayu hati ini melihat gambar ini. Baru bulan lepas mereka ke bumi Jordan menziarahi kami. Kami disini hanya mampu berdoa sahaja. Syam moga hang cepat sembuh. Orang zaqziq memerlukan hang disana. Semoga Allah beri kekuatan pada hang.

hadi

Hadi.. Lepas ni hang leh jadi sir alex fergusen la. Xyah main bola dah.. Besara terus yer.

Kami di Bumi Mu’tah Jordan doakan moga selamat dan kembali seperti biasa dan dapat ‘menjaga’ adik-adik anda di Zaqaziq.

Makluman lanjut sila layari :

http://jihadislami.blogspot.com

http://www.pmram.org/

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara