
Islam menyukai bidang perniagaan. Ianya adalah sumber keuntungan yang diharuskan oleh syara’. Al-Qur’an sendiri menamakan menuntut atau mencari rezeki dengan jalan perniagaan itu sebagai mencari sebahagian daripada kurniaan Allah.
Firman Allah:
Tafsirnya : “Mereka mencari sebahagian kurnia Allah.” (Surah al-Muzzammil:20)
Seminar Perniagaan Internet yg dianjurkan oleh BPP PERMATA selesai sehari suntuk di PUKsMA. Walaupun menjadi MC secara mengejut. Alhamdulillah aku dapat membawa majlis ini sebaiknya. Jutaan terima kasih buat penceramah undangan saudara Zaid bin Anuar diatas penerangan dan penjelasan yg jelas mengenai ‘jutawan sengap’ hanya klik dihujung jari anda dan anda mampu menjana kewangan 24jam secara online. Ribuan kemaafan buat semua andai program ini tidak memberi kesan buat masa sekarang, tapi percayalah ia sangat berguna untuk dimasa hadapan yang makin moden ini.
Semangat Baru
Bagi seorang mahasiwa mungkin agak sukar dan payah untuk melakukan dua perkara dalam satu perkara. Tetapi jika ia dilakukan secara teliti dan teratur tidak mungkin anda akan menjadi seorang jutawan sengap di umur yg muda. Jika masa dan waktu dibahagikan untuk akademik adalah diutamakan. Apa yg penting adalah semangat untuk berubah mesti dipupuk dari sekarang. Mungkin tidak semua mahasiswa yg mahu berkerja sendiri daripada makan gaji. Tapi bagi saya kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Semua teserah atas diri sendiri untuk mencorak hidup masing-masing.
Sabda Nabi yang bermaksud :
“9 dari 10 cabang rezki adalah perniagaan”
Berbalik kepada mafhum hadis diatas menguatkan azam dan tekad diri ini untuk terus tetapkan hati ini untuk menjadi seorang yang mampu membina kewangan dengan tulang empat kerat ini tanpa bergantung dengan pihak lain.
Domain dan Hosting
Selepas membuat perbayaran di Zanuara.com untuk mengubah domain kepada shakirshafiee.com berjalan lancar sekali. Tepat jam 11.00 pm 9.08.09 bertukar domain dari shakirshafiee.blogspot kepada shakirshafiee.com. Memang banyak perbezaannya menguna domain baru ini. Hamba yang baru ini memerlukan tunjuk anda dari anda semua. Doakan aku moga segala yang aku lakukan ini dikira pahala disisiNya. Bukan niat untuk menunjuk atau berbangga dan sebagainya tapi ikhlas untuk sama-sama membantu menyebarkan dakwah dalam penulisan ini dengan lebih berkesan dan lebih dipercayai untuk kebaikan semua pihak.
Fiman Allah yang bermaksud :
“Marilah kita sama-sama berlumba-lumba dalam membuat kebaikan”
Sebagai orang baru dalam penulisan ini memang rasa tercabar untuk menulis dengan lebih baik lagi. Mungkin entry mengenai “aku menulis bukan kerna mana” yang aku tulis adalah semangat dan komitmen aku untuk menulis disamping untuk mempromosikan perniagaan orang tua ku. Dengan bertukar domain pelanggan mungkin akan merasa lebih mempercayai untuk membuat segala pembelian produk air zam-zam dan lain-lain melalui online sahaja. Dan menunggu barangan sampai dihadapan rumah. Semoga dengan irsyad yang diberikan, khususnya diri ini, bukan hanya akan memperolehi keuntungan, malahan mendapat rezeki yang berkat dan mendapat keredhaan Allah.
Jika ada sebarang masalah atau persoalan sila hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk yg dijual.
AlFakir ilallah
shakirshafiee.com
“Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara












Shakir Shafiee
Teruskan perjuangan.