Dimanakah tahap aku sebagai pembawa ‘kalamtuhan’

quran

Masa bukanlah emas sebab masa tidak boleh dijual beli. Masa sebenarnya adalah degupan jantung anda. Masa adalah nyawa anda, kehidupan anda. Sebanyak mana masa berlalu, kita semakin menghampiri kematian.

Penghafal Al Quran perlu bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulang Al Quran dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam mengingati Al Quran. Tidak kira samada anda menghafal secara sempurna 30 juzu’ atau sekadar beberapa juzu’ atau sekadar menghafal beberapa surah pilihan. Sebagai Penghafal Al Quran anda perlu :

Pastikan waktu untuk membaca dam mengulang Al Quran lebih daripada 3 jam sehari selain daripada waktu kelas. Malah untuk kesan yang lebih baik, anda perlu mengulang sehingga 5-7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5-7 jam ini bukanlah mengulang secara berterusan selama 5-7 jam. Anda mungkin mampu mengatur masa seperti mengulang 1 jam sebelim waktu subuh, 2 jam pada waktu petang dan 3 jam pada waktu malam. Ini menjadikan waktu anda bersama Al Quran adalah 6 jam sehari.

Sememangnya dimaklumi bahawa tahap kodentrasi atau tumpuan mengulang setiap individu adalah berbeza. Ada individu yang boleh menumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20-30 minit. Jangan paksa atau menyeksa diri anda, sekiranya anda merasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika, iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu, sambung semula pengulangan anda. Untuk lebih memantapkan ingatan, sebelum mengulang yang lain, cuba imbas surah-surah atau ayat-ayat yang telah anda ulang sebelumnya.

Jangan letakkan matlamat mengulang dengan jumlah terlalu besar, biar sesuai dengan tahap ingatan dan kemantapan hafalan. Jumlah mukasurat, maqra’, surah dan juzu’ yang mahu diulang mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskan dalam masa yang ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk mengulang 1 juzu’ yang kurang lancar dalam masa 30 minit adalah tidak realistik (pada pandangan saya). Sebaliknya matlamat untuk menghabiskan dan melancarkan 4 maqra’ atau setengah juzu’ yang kurang lancar adalah lebih munasabah dan boleh dicapai. Sekiranya matlamat yang ingin dicapai terlalu besar dalam masa yang agak singkat, dibimbangi akan memberi tekanan dan lebih tertumpu untuk menghabiskan pengulangan semata-mata tanpa betul memantapkan hafalan. Hasilnya, hafalan tidak betul-betul lancar dan tidak kekal lama.

Sediakan jadual mengulang atau perancangan mingguan tentang bilangan juzu’ yang mahu diulang. Ini adalah sangat penting kerana dengan adanya jadual ini maka anda tahu berapa bilangan juzu’ yang perlu anda habiskan setiap minggu bagi mengekalkan hafazan.

Sediakan senarai tugas harian (to do list) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang anda mahu lakukan pada esok hari. Tentukan tahap kepentingan (aulawiyat) setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Sebagai penghafal Al Quran, utamakan pengulangan Al Quran daripada aktiviti anda yang lain kerana anda perlu “put first things first”.Ini kerana Nabi S.A.W pernah menyatakan di dalam sebuah hadis bahawa Al Quran yang dihafal adalah seperti unta. Sekiranya ia tidak dijaga dengan rapi ia akan lari. Begitu juga Al Quran yang dihafal, sekiranya tidak diulang, ia akan hilang daripada ingatan.

Rekodkan progress anda pada sebuah ‘buku catatan khas’. Setakat mana anda telah menjayakan perancangan pengulangan Al Quran anda?? Tandakan setiap juzu’, surah yang diulang dengan lancar dalam senarai “to do” anda. Harus diingat, hal ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Walaupun telah lancar, Al Quran perlu diulang bagi mengekalkan kelancaran hafalannya. Pengulangan yang terbaik bagi mengekalkan kelancaran hafalan adalah dengan mengulang di dalam solat kerana bacaan Al Quran yang paling baik adalah di dalam solat. Cuba hargai diri anda dengan mengganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan. Gunakan teknik mengulang yang berkesan. Mengulang 1 jam dengan penuh tumpuan adalah lebih baik daripada mengulang 3 jam dengan fikiran melayang.

Cuba untuk fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa mengulang anda terhadap proses “recall” iaitu mengingati semula apa yang telah diulang kerana ini adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran bertahan lama.

Gunakan Al Quran kecil atau mengulang dengan rakan untuk memenuhi masa diantara kelas, ketika menunggu bas, selepas rehat, sebelum masuk kelas dan lain-lain. Sekiranya dihitung masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya adalah 1-2 jam sehari. Oleh itu manfaatkan masa ini dengan mengulang Al Quran.

Tahukah anda sekiranya anda mengulang secara konsisten cuma 1 jam sehari selain waktu kelas, ini bermakna anda hanya mengulang Al Quran yang anda hafal selama 15 hari sahaja dalam setahun?? Ke mana perginya 365 hari hari lagi masa anda??

Tidak ada guna anda bersusah payah menghafal tetapi sekadar mengulang ayat-ayat yang sering dibaca dan ayat-ayat yang popular sahaja…

Fikir-fikirkan…

Jagalah Al Quran dengan sebaiknya, Insya’Allah Allah akan menjaga sesiapa yang menjaga kalam-Nya.

Hasil Canaian Idea Pena Da’ie Muhammad Zul Ikhwan Shoubra, Al Qahirah, Egypt

http://zulikhwanzahari.blogspot.com

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Kepulangan yang dinanti – BOOK SEKARANG

kapalterbang

KUWAIT AIRWAYS PILIHAN KITA

KEPADA WARGA MUTAH dan JORDAN….

TENTU ANDA SEDANG MEMIKIRKAN UNTUK PULANG KE MALAYSIA… JADI APA TGGU LAGI…..JOM….!!!

SAMA-SAMA SERTAI KAMI PULANG KE MALAYSIA. KITA GEGARKAN KLIA DENGAN SUARA PEJUANG JORDAN….

LAGI RAMAI LAGI BEST LEH CIPTA KENANGAN 2010….. ..

kuwait

PAKAT-PAKAT LAH TEMPAH SEKARANG….. TARIKH TUTUP 30 maC

Butiran maklumat :

Harga :430 JD(pergi dan balik)

Jenis :KUWAIT AIRWAYS (90 HARI SAHAJA)

AMMAN – KUL : Transit 9 jam di KUWAIT.

KUL – AMMAN : Transit 9 jam di KUWAIT

TIADA HAD PENDAFTARAN!!  JADI APA TGGU LAGI JOM…!!

PENGANGKUTAN AKAN DISEDIAKAN KE AIRPORT JIKA JUMLAH MELEBIHI 20 ORANG

iklan

SEBARANG MASALAH  BOLEH HUBUNGI :
AHMAD AMIRUDDIN  (PRESIDEN PERMATA) 0779675204
MOHD SHAKIR (YDP MUTIARA) 0779654722
MUHAMMAD HUSSIN  0779216790
AISHAH HARUN 0779934018
AISYAH RAMLI 0779335984

KAMI AKAN SENTIASA MENCUBA UNTUK MENDAPATKAN DISKAUN DEMI KITA BARSAMA

SEBARANG MASALAH BOLEH HUBUNGI :

AHMAD AMIRUDDIN (PRESIDEN PERMATA) 0779675204

MOHD SHAKIR (YDP MUTIARA) 0779654722

MUHAMMAD HUSSIN 0779216790

AISHAH HARUN 0779934018 /

AISYAH ROMLI 0779335984

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Buluh vs Rumput

Buluh pohon

Mode : Berjiwa Besar

Pada suatu waktu aku merasa sangat  dan bosan dengan kehidupan ini dan ingin berhenti dari semuanya, berhenti dari pekerjaan, hubungan, spiritual… dan berhenti untuk hidup.

Aku pergi ke tengah meneroka kealam maya ini dan ingin mencari sesuatu untuk kembalikan ruh atau semangat.

“Tuhan, mohon berikan aku satu perumpamaan untuk tetap hidup dan berjuang?”

Ternyata jawapan Maha Pencipta yang Agung sangat mengejutkan….” Menemukan…”

“Aku terjumpa satu berbandingan antara tanaman rumput dan pohon buluh di salam satu website yang dibaca, yang sangat menarik ceritanya untuk aku kongsi.

“aku terus membaca dan hasillah entry ini. Selama membaca. :)

Yang Maha Pencipta mulai berkata-kata :

“Saat aku menanam benih rumput dan Buluh, aku memelihara mereka dengan sangat baik dan hati-hati. Aku memberi mereka sinar matahari, menyirami dengan air seadil-adilnya. Tanaman rumput tumbuh dengan sangat cepat. Daun-daunnya yang hijau tumbuh rimbun sampai menutupi tanah disekelilingnya. Sedangkan benih Buluh belum memperlihatkan apapun.

Tetapi aku tidak menyerah dan tetap memelihara mereka dengan baik dan adil.

Buluh vs Rumput

Pada tahun kedua, tanaman rumput tumbuh makin subur, rimbun dan makin bertambah banyak. Tetapi, benih Buluh tetap belum memperlihatkan tanda-tanda pertumbuhan.

Pada tahun ketiga, benih Buluh masih sama seperti sebelumnya. Tetapi, tetap Aku tidak menyerah. Begitu juga dengan tahun keempat masih sama saja. Aku bertahan untuk tidak menyerah.

Kemudian, pada tahun kelima, tunas kecil mulai muncul dari benih buluh. Jika dibandingkan dengan tanaman rumput, tunas ini sangat kecil dan sepertinya tidak sebanding dengan tanaman rumput.

Tetapi 6 tahun kemudian pohon Buluh tumbuh hingga mencapai ketinggian 100 kaki.

Ternyata Buluh menghabiskan waktu 5 tahun untuk menumbuhkan dan menguatkan akarnya. Akar-akar tersebut membuat Buluh menjadi sangat kuat sehingga kukuh menghadapi keadaan alam yang berubah-ubah. Bahkan pohon Buluh sangat berguna untuk kehidupan.

Aku tidak akan memberikan cubaan yang lebih berat dari kemampuannya kepada ciptaanku.”

Aku terdiam. Menyemak baik-baik.

“Anakku, apakah kamu sedar, selama ini kamu telah berjuang dan memperkuat akar?

Aku tidak menyerah saat menanam benih dan memelihara pohon Buluh, begitu juga denganmu. Jangan membandingkan dirimu dengan yang lain. Buluh mempunyai fungsi yang berbeza dengan rumput, tetapi tetap mereka membuat hutan menjadi indah.

Waktumu akan tiba dan kamu akan tumbuh dengan tinggi.”

“Tetapi, seberapa tinggi saya harus tumbuh?” tanyaku.

Maha Pencipta menjawab: “Seberapa tinggi pohon Buluh tumbuh?”

“Apakah setinggi kemampuan dan usahanya?” tanyaku lagi

“Benar Anakku. Berusahalah sebaik dan semaksimal mungkin.”

Perjuangan masih belum selesai

Perjuangan ini adalah jihad. Aqidah dan jihad ibarat sebatang pokok yang mana aqidah sebagai akarnya dan pucuknya adalah jihad.

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari azab yang pedih.

(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nyadan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

(Surah As-Shaf : 10-11)

Jangan pernah menyesali setiap hari dalam kehidupan kita. Hari-hari yang baik memberi kebahagiaan; hari-hari yang buruk memberi pengalaman tak ternilai, keduanya sangat berharga.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam perjuangan ini hanya untuk Allahu Subhanahu Wa Ta’ala.

Aqidah  mestilah diperjuangkan, Dan perjuangan mestilah berteraskan aqidah.

Ya Allah, ampunilah segala dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau Maha menerima taubat hamba-Mu.

Maha Suci Allah, lindungilah dan jauhilah daku daripada segala kemaksiatan dalam menempuhi kehidupan di dunia ini.

Ya Allah tetapkanlah hatiku dalam nikmat iman dan Islam serta tetapkanlah hatiku dalam perjuangan demi menggapai redha-Mu.

Ya Allah tabahkanlah hatiku dalam menghadapi ranjau-ranjau, liku-liku perjuangan ini.

Ameen…

Bayt Malizi : 05.46 malam : Mode Berjiwa Besar

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

khusyukkan Hati ini

Vista_by_relativity

Berjalan dan mentafsir

Mohon Kekhusyukan Hati

“Wahai Tuhanku,

sesunguhnya aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat,

daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak kenyang dan

daripada doa yang tidak dimakbulkan”

“Renungan utk memperbaiki diri”

Begitulah kehendak Allah,

Agar aku merasakan bahawa medan perjuangan hidup dan matiku

bukan mestinya di bumi tempat ku dilahirkan dan

ingatlah janji allah itu benar dan berada diantara dua kejayaan.

Jika tidak didunia tentulah diakhirat mendapat kemenangan tuhan.

Bayt Malizi : 09.46 malam : Mode Tekanan Jiwa

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara

Kembara Sirah Agung – Salam Maulid Nabi

Kembara Sirah Agung

Dalam kemarakan angkuh api Majusi ,

Kau padamkan dengan kelahiran suci ,

Pada Keutuhan binaan agung Qisra Parsi,

Kau runtuhkan dengan kehadiran membawa seri  ,

Di sebalik mendungnya awan jahiliah penuh keji ,

Kau bakal mencerahkannya dengan satu perjalanan sirah yang bererti.

Anakanda Abdullah keturunan terpuji ,

Dalam taatnya sang awan menemanimu ke tanah busra,

Buhaira’ telah menemukan janji-Nya yang termaktub,

Akan datang manusia agung di dalam alam,

Betapa benar janji Ar-Rafii’

Kekasih Rabbul Jalil ,

Kelamnya Al-Hira’ menjadi saksi sumpah perjuangan mu ,

Kau bakal menjadi utusan terakhir didalam dunia ,

Membawa pedoman keseluruh Alam ,

Merentas pangkal hingga turun ke dasar

Wahai Al-Amin  ,

Kembaramu penuh duka dan liku ,

Menginjak siksa-siksa dunia angkara sang Musuh

Hingga sang malaikat menawar gunung menghancur , melebur musnah ,

Hingga lenyap …Kosong dari dunia ,

Namun .. kau hanya tawarkan kemurnian doa ,

Doa yang agung lahir dari hati kekasih termulia

Pahlawan teragung ,

Perangmu bukan pencetus dendam sang musuh ,

Apatah lagi memupuk keganasan ,

Namun ianya melebar seruan yang indah dan murni ,

Melalui peringatan penuh jelas ,

Bahawa  Iman itu harus dipertahan tanpa syarat

Baginda Amirul Ummah ,

Telah kau ubah dunia dengan cinta dan kasihmu ,

Menjadi hamparan bahagia buat umatmu ,

Begitu cekal kembara sirahmu ,

Meninggalkan catatan penuh agung ,

Sesungguhnya rindu ini tidak mudah terubat ,

Cintamu dinanti-nanti ,

Syafaatmu ditagih penuh pengharapan ,

Bukti cinta hingga Akhirnya.

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad  Wa ala Alihi Wa sahbihi Muhammad…

Hasil Nukilan Sahabat Seperjuangan

Lutfi Hafifi ,

12 Rabiul Awal 1431 ,

Tanah Syuhada’ , Mutah.

Add Me “Peringatan: Gambar dan Ilutrasi yang terdapat dalam blog ini adalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan lain-lain implikasi blog ini” (admin-shakirshafiee) ©1431 Hakcipta Tak Terpelihara